Use your ← → (arrow) keys to browse
Spekulasi mengenai perkahwinan mereka tersebar bulan lalu apabila pelantun lagu No Doubt itu dilihat menyarung sebentuk cincin berlian di jari manisnya. Mereka turut dirakam memohon lesen perkahwinan Khamis lalu.
Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu namun terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19.
Jelas Gwen dalam wawancara rancangan radio On Air with Ryan Seacrest ketika itu, mereka ingin menunggu beberapa bulan lagi untuk memastikan situasi benar-benar selamat buat ibu bapa Stefani.