Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas hampir setahun mengikat tali pertunangan, Gwen Stefani dan Blake Shelton kini sah bergelar suami isteri dalam satu upacara intim.
Majlis itu berlangsung di gereja kecil rumah ladang mereka di Oklahoma yang dibina khas oleh Blake untuk mengahwini cinta hatinya itu.
“Blake membina sendiri gereja tersebut dengan beberapa idea tambahan daripada Gwen. Ia sebagai tanda percintaan mereka. Pasangan ini merancang untuk berkahwin di situ, kemungkinan besar awal tahun hadapan,” jelas satu sumber terdekat pada Disember 2020.