Ilustrasi Fesyen Cruella Dalam Inspirasi Kebudayaan Malaysia
Ilustrator fesyen, Fikri Afif menghasilkan enam ilustrasi gaya milik Cruella dan Baroness dalam inspirasi kebudayaan Malaysia bersempena dengan pelancaran filem ‘Cruella’ di Disney+ Hotstar.
Setuju ataupun tidak. filem terbaharu Disney, ‘Cruella’ adalah antara filem yang paling fashionable pernah dihasilkan sepanjang zaman. Lebih-lebih pakaian yang digayakan cukup unik dan mencuri perhatian oleh dua watak utama yang dilakonkan oleh Emma Stone sebagai Estella Miller/Cruella de Vil, serta Dame Emma Thompson sebagai Baroness von Hellman. Bersempena dengan pelancaran filem ini di Disney+ Hotstar ilustrator fesyen, Fikri Afif telah menghasilkan enam ilustrasi gaya milik karakter utama dalam inspirasi kebudayaan Malaysia.
Pemenang Oscar, Emma Stone membintangi filem ini sebagai Estella Miller dan kemudian sebagai Cruella de Vil yang merupakan antara watak jahat paling ikonik Disney.
Cruella – Look 1
Diinspirasikan daripada gaya ketika pertunjukan pentas pertamanya, ia menampilkan desain yang mesra-Muslim dan masih mengekalkan cetak Dalmation yang menjadi signature.
Cruella – Look 2
Desain cheongsam penuh tradisi dihembuskan gaya signature dengan garis leher yang tinggi serta reka bentuk korset.
Cruella – Look 3
Mengambil inspirasi daripada kostum budaya Orang Ulu Sarawak, paten tradisional diaplikasikan dengan sentuhan edgy bersama aksesori kepala reben bugar.
Fikri Afif turut memberikan sentuhan tersendiri pada ilustrasi fesyen gaya milik pereka fesyen Baroness von Hellman yang dilakonkan oleh pemenang Oscar sebanyak dua kali, Dame Emma Thompson.
Baroness – Look 1
Sesuai untuk majlis tarian, gaun hitam dan putih ini diserikan dengan draping sifon labuh untuk memberikan sentuhan lembut pada rekaan tunik inspirasi moden ini.
Baroness – Look 2
Untuk memadankan dengan pesonanya, gaya mesra-Muslim ini disempurnakan dengan pilihan fabrikasi mewah seperti Tenun Pahang Diraja dan Songket Bunga Tabur.
Baroness – Look 3
Bagaikan rekaan sari yang lembut melilitkan tubuh dengan stail yang lebih architectural dan sentuhan perincian keemasan.
Berlatarkan gerakan punk rock di kota London, filem baharu Disney ini mengisahkan tentang kehidupan awal gadis bernama Estella Miller yang menjadi anak yatim piatu sejak kecil. Bermula sebagai pencuri jalanan bersama dua sahabat baiknya, dan kemudiannya dia menjadi pereka fesyen yang kejam bernama Cruella de Vil.
‘Cruella’ boleh disaksikan secara ekslusif melalui laman penstriman Disney+ Hotstar.
Foto: Instagram Fikri Afif & Disney+ Hotstar Malaysia
Baca lebih lanjut: Citarasa Warisan Perkahwinan Melayu Di The St. Regis Kuala Lumpur