Hilton Singapore Orchard Dan Lima Restoran Mewahnya
hilton singapore orchard

Lima Kulinari Mewah Dan Sedap di Hilton Singapore Orchard

Hilton Singapore Orchard menawarkan restoran bertaraf global dengan pilihan yang terinspirasi daripada Singapura lama dan baharu.

Semua tahu yang rangkaian Hotel Hilton mempunyai servis yang paling bagus. Hotel ini sudah popular dan banyak muncul di hampir semua negara. Pengalaman inap di Hotel Hilton tidak dapat disangkal lagi dek layanan yang cukup santun serta empuknya katil mereka. Tetapi, apa yang lebih menyeronokkan adalah pilihan juadah yang disediakan buat para pengunjung yang tiba. Setiap Hotel Hilton mempunyai karakter pengalaman juadah mereka. Hilton Singapore Orchard bangga dapat memberikan lima restauran terbaik pengembara dunia yang dimadu dengan kekayaan lokal Singapura.

ESTATE – KULINARI DUNIA DENGAN GABUNGAN JUADAH SERANTAU MEWAH

Ruang makan utama, Estate tersergam indah dengan seni rekaan yang mengembalikan rasa residen kolonial lama Singapura. Jubin hitam putih serta dekorasi berasaskan kayu kayan menjadi penyeri buat Estate di Hilton Singapore Orchard ini. Selain banyak ruang makan yang bersifat privasi, di sini juga ada open kitchen yang menampilkan para chef bekerja menyiapkan makanan. Hidangan makanan laut premium, juadah barat dan Asia pasti memenuhi lidah semua. Antara bintang utama di Estate adalah Pan-Seared Foie Gras yang dimasak dengan manisan buah epal serta markisah.

See also
Panji Sakti Berkunjung Ke Malaysia Buat Konsert Pertama

GINGER.LILY – BAR LOBI YANG MERAIKAN TEMA BOTANIKAL

Buat yang mahukan pengalaman sofistikated serta mewah, singgah dahulu ke Ginger.Lily oleh Hilton Singapore Orchard. Biarpun berada di ruang utama lobi hotel, tetapi dengan pintu kaca ala katedral yang mengelilingi Ginger.Lily ini mampu memberi rasa yang lebih privasi. Tema botanikal menjadi inspirasi hidangan di bar ini baik hidangan ringkas mahupun minuman. Ambil masa untuk menikmati set minum petang mereka yang mengambil inspirasi daripada kuisin Nikkie. Uniknya, ia menggabungkan idea teknik persiapan makanan Jepun dengan ramuan Peruvian.

OSTERIA MOZZA – NIKMATI MENU CALIFORNIA ILHAM CHEF NANCY SILVERTON 

Tidak perlu terbang berbelas jam hanya untuk menikmati piza terbaik oleh Chef Nancy Silverton di California. Kerana Silverton dengan membuka restoran berbintang satu Michelin di Hilton Singapore Orchard. Osteria Mozza di Singapura ini adalah restoran Chef Nancy Silverton yang satu-satunya di Asia. Di sini ada ruangan makan di dalam dan buat yang mahu menikmati cuaca tropikal Asia, boleh pilih di bahagian luar. Keliling restoran ini diserikan dengan tumbuhan hijau dan ada herba yang ditanam bagi digunakan oleh pihak Osteria Mozza.

See also
Sajian Istimewa Di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

CHATTERBOX – TERKENAL DENGAN HIDANGAN PENJAJA SEJAK 1971

Tidak lengkap sekiranya berkunjung ke Singapura jika tidak menikmati juadah lokal mereka. Walaupun seleranya mungkin sama dengan Malaysia, tetapi di sini masih mempunyai keunikan dan rasa yang lain. Chatterbox yang sudah memang menjadi restoran ikonik di Singapura sejak 1971 menjadi tempat wajib kunjung oleh GLAM! Hidangan juadah penjaja jalanan diangkat menjadi satu siri kuisin yang mewah tanpa perlu disarati dengan ramuan lain. Rasa nasi ayamnya masih kekal sama menjadikan ia bintang utama di menu Chatterbox.

SHISEN HANTEN – KUISIN SZECHUAN DENGAN SATU BINTANG MICHELIN 

Chen Kentaro menjadi orang penting dalam membangunkan restoran Shisen Hanten sehingga berjaya mendapat satu bintang Michelin selama enam tahun berturut-turut. Di sini, hidangan asli Szechuan menjadi watak utama yang disertakan dengan tujuh rasa utama yakni masam, pedas, panas, manis, pahit, aromatik, dan masin.

Artikel Berkaitan: DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside Lancar Residensi Seni Untuk Artis Kontemporari Malaysia