GLAM PROFIL: Z FOR ZAMAERA! - Glam Malaysia
ZAMAERA

GLAM PROFIL: Z FOR ZAMAERA!

DIA FIERCE LAGI FEARLESS. TEKAD JUGA BERPUNYA SPIRIT SERTA KEPERIBADIAN YANG KUAT. IT INTIMIDATED THE WEAK, BUT STRENGTHENED THE STRONG. DIALAH ZAMAERA, DITAKDIRKAN UNTUK KEHEBATAN.

PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM PENGARAH SENI KANAN: AMIRUL ARIFIN PENATA GAYA : MUZAMMIN MUZLAN GAMBAR : EDMUND@ONE3FOUR STUDIO SOLEKAN & DANDANAN : EZAD IBRAHIM

Zamaera berbaju MSGM dan aksesori Swarovski

Pertama kali dipertemukan sewaktu di parti pembukaan butik Coach di KLCC pada awal tahun 2019. Kemudian, berkesempatan untuk menjemputnya secara eksklusif bagi menghadiri parti GLAM Lelaki Alpha Men pada lewat tahun yang sama. Keperibadiannya bisa buat orang sekeliling takjub juga buat sesetengah individu mungkin mengintimidasikan. Setiap kata yang dilontarkan dari bibirnya berselang tawa riang canda; memancarkan personalitinya yang berani, lincah lagi bersahaja. Duduk di kerusi sambil didandan, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 26, mengalirkan energi positif buat kami semua yang bekerjasama dengannya di pagi hari sabtu itu. Ya seperti yang dia bilang, namanya cukup panjang untuk memuatkan dua halaman kertas bersaiz A4. Haha. Yang pasti dia sangat merendah diri. Senang kata, senang bekerja dengan bintang sensasi rap dan R&B terkemuka tanah air ini!

Yes, I admit, I was fangirling and admiring her the entire time. Mengapa tidak? Zamaera seorang rapper juga penyanyi yang versatil dan memiliki tenaga nyanyian yang mantap. Bila menyanyikan lagu genre R&B, suaranya lunak merdu. Malah, anak jati Subang Jaya ini turut berbakat dalam menulis lirik serta menciptakan lagu. She’s next level, that’s the truth. Namanya sudah prominen dikalangan rapper Malaya, baik lelaki mahupun perempuan. Anak kedua dari tiga beradik ini mencatatkan sejarah sebagai artis hip-hop wanita pertama membuat persembahan di pentas penuh berprestij Istana Budaya. Zamaera mewakili Malaysia untuk Asean-Korean Music Festival Round 2020 yang dibawakan khas oleh stesen penyiaran nombor satu Korea yakni Korean Broadcasting System (KBS) yang disiarkan secara langsung serta atas talian ke seluruh dunia Disember lalu. Sebagai seorang wanita yang menggalas impian dalam lapangan yang didominasi lelaki, saya kira dia seorang yang fearless langsung selari dengan tema isu bulan April ini. Sedikit sebanyak, wanita yang juga boleh berbahasa Jerman ini menyuntik inspirasi sekali gus membuktikan bakat Asia laku di pentas global.

See also
Tip Bersahur Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari

THE AGE OF Z

zamaera
Persalinan Fendi dan akesori Swarovski

Mengenali wanita berbintang Taurus ini dengan lebih mendalam; Zamaera berpunya darah campuran Arab-India di sebelah bapa dan ibunya pula, Melayu asli asal Temerloh, Pahang. “Saya tidak pernah menyangka untuk mendasari lapangan hip-hop sebagai kerjaya sepenuh masa, mahupun sebagai pemuzik. Saya menekuni Program Matrikulasi Australia di Taylor’s University SS15. Pada masa itu saya menyelami asas ilmu undang-undang, psikologi, bahkan juga ekonomi. They were all very interesting to me. Akan tetapi, dalam pada masa yang sama, dunia hiburan seperti sudah sebati dalam jiwa. Malah, menebal kerana saya sudah menjinakkan diri dalam laman hiburan sebagai hos TV sejak usia 12 tahun lagi. Sehinggalah umur berganjak mencecah 17 tahun. Saya mengacarakan program kanak-kanak yang dikeudarakan menerusi saluran RTM serta NTV7. Sejak kecil lagi, saya suka buat orang ketawa dan terhibur. Tidak ada hubungannya dengan muzik, tetapi ia berkait rapat untuk membuatkan seseorang itu berasa senang hati. To feel better and happy,” tutur gadis energetik, goofy lagi berdedikasi ini.

See also
Glam Profil: Rowan Ooi

“Pada asasnya bagi ibu bapa saya, pendidikan tidak hanya tampil dalam struktur institusi. Mereka sentiasa menyokong kami adik-beradik, tidak kira dalam apa jua situasi. Di samping itu, kami bertoleransi antara satu sama lain. Sebagai contoh, saya membuat keputusan untuk tidak menamatkan pengajian AUSMAT di Taylor’s dan mereka menghormati keputusan saya. Pun begitu, untuk memberi pengajaran buat saya, saya tidak lagi diberi elaun. Demikian, saya terpaksa bekerja dan saya memperoleh kerjayakorporat pertama bersama Uber dalam perkhidmatan pelanggan di Bangsar. Dalam pada masa yang sama, saya juga mahu mendalami muzik. Walau bagaimanapun, bekerja dengan koperasi ini memerlukan sepenuh tumpuan serta masa. Terus, saya merenung jauh dan memikirkan jika saya berpeluang untuk menyimpan sejumlah dana untuk masuk ke studio rakaman lalu merencana kembara muzik saya. I was like, okay. I need to find a plan,” tutur wanita yang memegang manifestasi Law of Attraction.

“Ayah saya merupakan ahli perniagaan. Oleh itu, saya berlekas membuat rancangan perniagaan yang berpunya 6-10 halaman. Lengkap dengan angka. Juga ditampilkan sama tempoh perencanaan karier muzik saya seperti memeta visi untuk melaksanakan matlamat, terus mengecapi impian. Saya menghantarkan proposal pinjaman kepada ayah dan berjanji untuk membayarnya setiap bulan. I think it was like 721 ringgit. Saya bersyukur dikurniai ayah serta famili yang cukup memahami. To be able to have somebody like my dad to believe in me, my idea by pursuing a music career is priceless! Bahkan, mereka terus menyokong saya sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, kini saya sudah stabil dari segi kewangan bahawa saya bebas sepenuhnya dari segi kewangan. Juga seperkara lagi, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berjaya membuktikan pada diri saya untuk menindaklanjuti komitmen serta berpunya kekuatan untuk mendorong kemajuan hidup. Di samping, keluar dari zon selesa, continuously pushing myself through my doubts and insecurities. Saya hadir memperdengarkan single perdana Helly Kelly pada tahun 2017. Kemudian, mempersembahkan album EP tahun berikutnya yang memuatkan lagu Z vs Z, Truth, KMS dan Almost,” terang Zamaera menutupi kelopongan lapangan hip-hop tanah air sebagai rapper pada Februari 2017. 

See also
Liam Payne Berkongsi Detik Hitam Sewaktu Bergelar Ahli One Direction