GLAM Profil: #SokongLokal - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
GLAM Profil, #SokongLokal 01

GLAM Profil: #SokongLokal

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

BENDANG ARTISAN

Kembara permulaan studio seramik BendangStudio yang memperjuangkan karya seni seramik seperti arca hiasan dan set pinggan mangkuk bermula dengan penuh kesederhanaan. Usaha pengasasnya Rozana Musa, 38, yang optimis mendapat perhatian ramai bila tampil memperkenalkan himpunan set pinggan mangkuk seramik buatan tangan yang diolah bernada kontemporari nan minimalis. Pengalaman bermain lumpur di bendang ibu di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka, ketika kecil mencetuskan ilham. “Kami mula beroperasi pada tahun 2010 di kedai runcit lama milik arwah nenek saya yang sudah wujud sejak 1950-an lagi. Akan tetapi, saya sudah mula dua tahun sebelumnya di bengkel belakang rumah. Disebabkan kedai sudah ditinggalkan lama, saya mengambil keputusan untuk membuka Bendang Studio di situ. Pada awalnya, ruang studio itu hanya tertumpu untuk memproduksikan arca seni seramik untuk aksesori hiasan rumah dalam skala yang kecil. Kala itu, saya merupakan artis seramik dan aktif untuk menghasilkan arca hiasan buat pameran seramik. Bendang Studio, berpunya pelbagai pilihan. Antaranya, stoneware, porselin dan bone china. Tetapi bahan utama yang digunakan oleh kami adalah stoneware dengan formula bahan semula jadi mineral bumi,” terang graduan jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (Seramik) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini.

GLAM Profil, #SokongLokal 04

RAKAN BISNES SENI SERAMIK BENDANGSTUDIO, ROZANA MUSA DAN IMAYA WONG

“Saya mula mencari solusi dan memikirkan bagaimana untuk bertahan jika saya ingin memberikan sepenuh tumpuan pada seni seramik. Jadi, saya mulai membuat produk komersial, lalu menjual dan waktu itu hanya saya bersendirian merencanakan Bendang di kedai arwah nenek. Secara kebetulan, awal tahun 2010 sehingga 2014, media sosial masih baru. Saya menggunakan Facebook sebagai platform mempromosikan Bendang dan kemudian membuka akaun Instagram. Ibu kepada rakan saya mempunyai restoran Kedai Sebelah di Kelana Jaya. Ibunya senang sekali menyokong produk hasil tempatan lalu membeli set pinggan mangkuk daripada Bendang. Bermulanya episod kami saling berkongsi dan memuat naik gambar produk Bendang di laman sosial. Di mana, selepas itu Bendang mendapat klien pertama iaitu kafe Rimba & Rusa dari perkongsian di laman Instagram. Saat itu saya sudah memiliki 2 pembantu artis seramik. Melalui klien pertama kami Rimba & Rusa, produk Bendang telah mendapat perhatian dikalangan pengguna media sosial. Memandangkan produk pinggan mangkuk atau deko kala itu mendapat permintaan yang tinggi dek kemunculan kedai makanan hipster yang berimbun. Boleh dikatakan kemunculan Bendang saat itu tepat pada masanya,” tutur anak bongsu daripada 13 adik-beradik itu.

See also
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki

“BendangArtisan adalah label ekstensi yang tampil membuat kemunculan perdana pada tahun 2018 dengan hasil kolaborasi pereka Imaya Wong. Kini merangkap rakan bisnes saya. Kami membuka ruang kedai konsep pertama di The LINC KL. BendangStudio dikenali sebagai seni seramik buatan tangan oleh tukang tembikar dengan bantuan peralatan bukan mesin. BendangStudio bukan kilang kecil tetapi lebih kepada studio seramik. BendangStudio lebih kepada manual dan semula jadi di dalam penghasilan produk. Kami juga menggunakan acuan seramik untuk memudahkan proses pembentukan dan sesetengah rekaan dikhususkan samada menggunakan teknik manual tangan atau teknik acuan. Kemudian kami akan melalui proses menukar warna, berlainan reka bentuk seramik dan sebagainya. Kami juga punyai beberapa reka bentuk standard tetapi ia bergantung kepada koleksi pemilihan dan permintaan pelanggan. Jika ingin dikalkulasikan berapa keping seramik dihasilkan oleh kami, agak susah. Kerana ia bergantung kepada barang yang dipilih dan jumlah pengeluaran. Jika secara rawak untuk kiraan seminggu, boleh dikatakan sebanyak 200 keping telah dihasilkan oleh seorang pekerja.”

“Pandemik semestinya memberi impak kepada semua individu. Bendang juga tidak terkecuali. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan awal daripada tarikh yang telah ditetapkan, BendangArstisan di The LINC KL terpaksa ditutup dan kini hampir 3 bulan tidak beroperasi. Tetapi produksi di Melaka masih berjalan seperti biasa. Kemudian kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Melaka juga tidak terkecuali perlu PKPD. Jadi kami terpaksa hentikan operasi pembuatan seramik buat masa sekarang. Ia bukan keadaan yang menyenangkan tetapi saya berfikiran positif kerana setiap masalah ada jalan penyelesaian. Lagipun, studio dan rumah saya berdekatan, tiada masalah buat saya kerana saya boleh pergi bila-bila masa. Dari segi mental, saya masih berfikiran positif dan masih boleh bertahan. Kami menggunakan platform pembelian secara maya melalui Instagram sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan. Tetapi jika PKP ini berlarutan, kena cari solusi yang baharu. Sebagai pengasas Bendang, saya meletakkan orang lain dahulu sebelum saya. Kerana mereka adalah tanggungjawab saya,” terang Rozana.

See also
Ariana Grande Sertai Barisan Juri The Voice
GLAM Profil, #SokongLokal 05

SET PINGGAN MANGKUK SERAMIK BENDANGSTUDIO OLAHAN ARTISAN TEMPATAN

Membicarakan cabaran yang harus dihadapi oleh usahawan wanita muda dalam perniagaan? Imaya Wong, 40, merangkap teman bisnes BendangArtisan memberi pendapat, “Kami berada dalam industri seni ketukangan artisanal dan reka bentuk kreatif. Cabarannya tidak khusus pada apa jua gender. Sebaliknya industri kreatif ini secara keseluruhannya adalah cabaran yang harus dilangkau untuk mengekalkan dan mengembangkan perusahaan kecil kami. Kami berpunya persaingan dengan begitu banyak jenama antarabangsa yang terkenal di luar sana. Lebih-lebih lagi yang memasarkan produk deko dan aksesori kediaman memandangkan industri agak kecil,” kata Imaya yang menekuni Masters of Arts dalam bidang seni reka bentuk di UK.

“Saya memerankan tanggungjawab untuk mengemudi penjenamaan produk serta pemasaran runcit untuk Bendang. Rozana pula bertanggungjawab dalam penyelidikan dan pembangunan serta meneliti pasukan produksi. Dia adalah orang penting dalam pembangunan produk dan kami bekerja rapat di pelbagai peringkat. Bagi kami sebagai perusahaan kecil, cabarannya adalah kurang platform kreatif yang menyeluruh di dalam pelaku industri tempatan untuk mempromosikan dan memasarkan bakat atau jenama lokal di arus global atau profesional. It’s always an afterthought, a hype, a quick ‘gold rush’. Tetapi tidak pernah memelihara atau mendorong supaya menolak batas sempadan inovasi kreatif tempatan. Tidak kira, di antara jenama, artisan, pereka, para tukang dan pengusaha kreatif lokal untuk terus maju dan lebih mampan. I guess the creative industry at large is still in its infancy stage. Demikian, kita lebih baik berfungsi sebagai jenama yang memproduksi dalam skala yang kecil, lantas mengukirkan penceritaan yang tersendiri,” kata Imaya yang menyarankan untuk berpunya kandungan produk yang baik, pasukan yang baik, dan senantiasa berpandangan positif sebagai sumber untuk memulakan perniagaan.

See also
Penginapan Bersejarah di Kota Jakarta

“Saya membuat diri saya sibuk dengan perkara yang berbeza setiap hari semasa bekerja dari rumah. Ini memberi saya lebih banyak masa untuk saya dan terus berhubung dengan keluarga dan rakan dalam talian. Di samping itu, kami terus berinteraksi dengan pengikut kami di media sosial dengan berkongsi visual yang artistik. Bertujuan untuk memberi inspirasi untuk memasak di rumah sambil mengayakan himpunan set pinggan mangkuk Bendang. Ketidakpastian untuk membuka semula kedai fizikal, sedikit sebanyak menjejas perencanaan kami. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu sentiasa mengubah rancangan untuk mengatasi pelbagai masalah agar dapat terus bertahan. Kali ini ia turut mempengaruhi Studio produksi kami. Hasil pengeluaran dikurangkan, sehingga mempengaruhi perniagaan kami. Apa pun kami cuba mengeluarkan rekaan terbaru, idea baru, kolaborasi menarik, kempen pemasaran baru, konsep baru. The virtue of creativity… ,” tutur Imaya memegang bait kata Maya Angelou — “You can’t use up creativity. The more you use, the more you have.

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Beauty & The Boys

Jung Ho Yeon, Dari Pentas Fesyen Antarabangsa Ke Siri Popular Squid Game
Previous article

Jung Ho Yeon, Dari Pentas Fesyen Antarabangsa Ke Siri Popular Squid Game

Next article

Simbolik Nama Ana Nayla, Puteri Sulung Ayda Jebat & Nabil Mahir

Ayda Jebat Hamil Cahaya Mata Kedua