GLAM Profil: Ridzuan Alias, Pereka Fesyen Teruntum Putih - Glam Malaysia
Teruntum Putih

GLAM Profil: Ridzuan Alias, Pereka Fesyen Teruntum Putih

GLAM menelusuri jiwa Ridzuan Alias pereka fesyen lelaki dalam mempelopori rekaan dan perniagaan fesyen jenama Teruntum Putih, khusus buat wanita. 

pengarah kreatif AIZAT AIDID arahan seni AMIIRUL ARIFIN teks HANNA B. gambar BIBO ASWAN solekan & dandanan FENDY AFANDI

Teruntum Putih Impikan Siti Nurhaliza

Ridzuan Alias, 32, pereka fesyen Teruntum Putih ini memang sejak azali aktif dalam pembabitan rekaan baju wanita. Menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kosas dan menuntut di KLMU (Kuala Lumpur Metropolitan University) Ridzuan menyifatkan dia sukakan sesuatu yang kreatif. Sewaktu menjadi pelajar Rekaan Fesyen, Ridzuan aktif dalam menyertai pelbagai pertandingan antaranya pertandingan Piala Seri Endon sebanyak tiga kali, Sunsilk Hijabku, Gayaku, dan banyak lagi. Ia sedikit sebanyak menyuntik keyakinan dalam bakat rekaannya.

“Saya memulakan karier dalam industri fesyen apabila membuat internship di Rico Rinaldi. Di sana saya banyak belajar pengurusan produksi, kos, penyumberan dan pemasaran. Kemudian saya berpindah ke jenama fesyen terkenal KREE yang memasarkan pakaian kasual secara umum. Alhamdulillah tujuh tahun perjalanan saya bersama KREE banyak pengalaman yang saya kutip menegenai pengurusan bisnes juga memahami kehendak atau selera fesyen wanita,” ujar anak ketiga daripada lima beradik ini.

See also
Kenali 5 Kerabat Diraja Paling Kaya Di Dunia

Ridzuan melakar perusahaan fesyen terulungnya sewaktu detik-detik getir covid-19 melanda dunia. Pada 2020 menjadi pertaruhan buat Ridzuan Alias dan rakan kongsinya Rasbin Ridwan apabila kedua-duanya tidak punya perkerjaan lagi pada waktu itu. Dalam keadaan pandemik, tentunya semua pintu negara ditutup, namun itu tidak melemahkan semangat mereka. Dengan dunia serba canggih dengan teknologi semuanya dihujung jari, mereka memborong fabrik melalui online shopping, dan mulakan perniagaan dari rumah.

Teruntum Putih

“Alhamdulillah kami mulakan perniagaan dengan keluarkan modal untuk beli kamera berharga RM12,000 and the both of us started everything from ground zero, belajar tutorial ambil gambar melalui YouTube kemudian muat naikkan baju-baju kami di platform media sosial. Daripada situ sedikit demi sedikit bisnes berkembang dan hari ini kami sudah mempunyai butik Teruntum Putih sendiri di M-City di Jalan Ampang dan mempunyai lapan orang pekerja juga produksi sendiri. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam rekaan, dan rakan niaga saya kepada pasaran dan produksi.”

Menurut Ridzuan DNA Teruntum Putih adalah gaun perkahwinan kerana baginya setiap hari pasti ada sahaja pernikahan waima zaman PKP (perintah kawalan pergerakan) pun mereka banyak menerima tempahan. “Target market Teruntum Putih adalah buat wanita yang punya selera buat memakai helaian daripada pereka fesyen tetapi mempunyai kekangan budget. Kerana umum tahu harga menempah baju dengan pereka fesyen pastinya menelan wang belanja yang tinggi jadi Teruntum Putih menawarkan harga berpatutan dan mampu milik agar semua wanita kelihatan cantik di hari bahagia. Harga Teruntum Putih bermula dari RM390.”

See also
Priyanka Chopra Jonas Dedah Detik Pedih Menjadi Mangsa Buli

Ridzuan akui dia banyak mendapat inspirasi idea selalunya dari Instagram, melihat selera fesyen tempatan juga idea daripada negara barat dengan meneliti citarasa fesyen yang dipaparkan di Vogue. Dan ramai pelanggannya yang gembira dengan hasil workmanship dress kahwin yang dihasilkan. Selepas itu pasti akan datang semula menempah baju raya pula. Mereka turut kenalkan jenama Teruntum Putih kepada sahabat handai dan kaum keluarga. Istimewa, fabrik Teruntum Putih adalah berkualiti tinggi waima harga yang dijual tidaklah keterlaluan mahal, ini kerana Teruntum Putih hanya bermain dengan fabrik putih, jadi setiap kali pembelian kuantiti yang dibeli agak tinggi. Oleh itu pembekal beri harga borong yakni lebih murah. Tambah pereka fesyen yang berasal dari Ampang ini lagi, setiap pereka fesyen banyak menghabiskan tenaga dan idea keatif dalam menghasilkan rekaan bagi jenama mereka. Dia kesal jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenang meniru rekaan corak atau tenunan oleh pereka fesyen lain, dan hantar ke China buat meniru rekaan. Kemudiannya dijual dengan harga jauh lebih murah. “Bagi saya, kita sama-sama mahu cari rezeki, etika kerja haruslah dititikberatkan.”

See also
Fazura Kongsi 10 Lagu Kegemaran Untuk GLAMPlaylist Bulan Ini

Sebelum mengakhiri perbualan hari itu, Ridzuan sempat berkongsi di mana dia melihat Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai ikon wanita negara, dan berhasrat satu hari dapat menyunting biduanita kesayangan ramai itu sebagai muse Teruntum Putih. Percaturan Teruntum Putih selepas ini adalah untuk keluarkan koleksi beg dan kasut juga koleksi helaian kasual.

 

Pautan Berkaitan: Glam Profil: Yinn Ooi