Revenge Porn: Video Seks, Senjata Ugutan & Bahan Balas Dendam

GLAM Exposé: Revenge Porn: Video Seks, Senjata Ugutan & Bahan Balas Dendam

Teks Tengku Ashley Hassan

Teringat saya dengan pesan emak kepada kami adik-beradik supaya berbuat baik sebanyak mungkin tetapi jangan sesekali mengharapkan balasan di atas kebaikan yang kita hulurkan. Kerana daripada situ kita belajar erti ikhlas dalam setiap perbuatan kita. Lepaskan rasa marah yang sering singgah di hati dan tepislah perasaan hasad yang mencengkam di jiwa kerana sifat-sifat itu mampu membinasakan sesama insan. Tetapi masakan di dunia ini semua orang mempunyai hati yang baik seperti emak. Bak kata pepatah rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kalau hari ini kita berteman baik, dan persahabatan itu dibina bertahun-tahun, mungkin disebabkan satu pergaduhan habis semua aib teman tadi dicanang satu dunia. Mengapa? Ya sebabnya kerana perasaan marah sudah membuak-buak sehingga manusia hilang pertimbangan. Seandainya kita memiliki sahsiah yang baik, akhlak terpuji tentunya kita akan mengambil jalan untuk berdamai sebagai solusi tetapi apa yang sedihnya ramai memendam kemarahan sehingga menjadi dendam. Dan mulalah episode balas-membalas dendam.

 

Dan dendam ini boleh terjadi setelah perpisahan berlaku. Sewaktu kahwin baik buruk pasangan segala aib dijaga. Selepas berkahwin habis semua terbongkar. Kadang-kadang itu perkara kecil pun dibesar-besarkan. Lebih malang kalau aib bekas isteri dan bekas suami dicanang. Sedih bila mendengarnya. Bukankah pernah duduk sebumbung, tidur sebantal dan makan sepinggan. Tak adakah rasa belas kasihan sedikitpun? Yang tinggal hanyalah dendam kesumat dan benci.

 

Bercakap soal dendam hari ini saya terpanggil untuk mengupas isu revenge porn. Mungkin di Malaysia perkara ini tidak digembar gemburkan tetapi sebenarnya banyak sahaja cerita-cerita mengenai ini berlaku tetapi tidak diketahui ramai. Kalau di Barat Revenge Porn adalah satu perkara biasa. Kim Kardashian mula menjadi ramai dambaan lelaki setelah klip video seks peribadinya tersebar bersama bekas teman lelakinya. Dan sekaligus dia menjadi terkenal. Tetapi situasi yang sama tidak akan berlaku di tempat kita. Orang kita lebih tertutup dan apabila tersebarnya video seks seseorang itu, ia mampu menghancurkan hidup mangsa dalam sekelip mata.

 

Mengikut laporan polis di Malaysia, banyak kes berlaku sebagai gejala ‘peras ugut seksual’ yang menggunakan wanita cantik dan seksi sebagai umpan di alam siber. Suspek akan merakam tanpa sedar aktiviti lucah untuk memeras ugut mangsa, demikian menurut CyberSecurity Malaysia. Agensi keselamatan siber di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berkata, mangsa biasanya remaja atau lelaki berumur yang akan didekati oleh wanita cantik dan seksi kononnya dari Filipina, Jepun dan Korea melalui media sosial. Pelaku akan meminta mangsa untuk berborak melalui video dengan menggunakan aplikasi Skype serta menggunakan perkataan yang menarik untuk menarik perhatian mangsa. Suspek juga akan menanggalkan pakaiannya dan akan meminta mangsa untuk berbuat demikian. Dengan cara ini, pelaku akan mula merakam mangsa dalam kedudukan yang tidak sesuai melalui webcam tanpa mangsa menyedari bahawa tindakannya telah direkodkan. Pelaku itu kemudian akan memainkan rakaman video yang dirakamkan kepada mangsa dan mula memeras ugut untuk membayar sejumlah wang. Jika tidak rakaman video itu akan diedarkan di kalangan kawan-kawannya atau keluarga atau dimuat naik di YouTube.

See also
Rihanna, Bilionair Wanita Termuda Amerika Syarikat

 

Kisah ugutan untuk sebarkan video seks juga berlaku dikalangan golongan atasan di Malaysia. Sosialit usia awal 30-an ini menceritakan detik hitam pada zaman remajanya di mana dia terseksa dengan deraan mental dan fizikal apabila dia dipergunakan oleh awang hitam yang juga teman satu kelas di universitinya. Bermula dengan berparti bersama dan teman kulit hitam ini memasukkan pil khayal pada minumannya mengakibatkan dia dirogol oleh lelaki yang dianggap teman baiknya itu. Dan siapa sangka sepanjang dirogol dia dirakam tanpa seurat benang. Sejak daripada itu lelaki kulit hitam ini mendambakan seks daripada sosialit ini jika dia enggan menjadi pemuas nafsu seksnya video bogel sosialit ini akan disebarkan pada seluruh warga kampus. Dalam keterpaksaan dia melayan nafsu serakah awang hitam ini untuk beberapa kali sehingga dia berasa amat jijik dengan dirinya dan mengalami kemurungan yang teruk. Menyedari perubahan drastik itu, setelah diasak soalan oleh temannya dia akhirnya berkongsi dengan teman baiknya dan atas pujukan teman dia membuat laporan polis. Empat bulan menjadi hamba seks awang hitam itu akhirnya lelaki durjana itu dicekup polis. Oleh kerana terlalu tertekan sosialit ini pergi melanjutkan pelajaran di luar bagi melupakan peristiwa pahit itu. Dan hari ini dia sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata.

 

Manakala ini pula kisah Datuk Seri yang suka merakam video seks isteri-isterinya secara senyap-senyap yakni tanpa pengetahuan isterinya. Kata Datuk Seri rakaman ini adalah sebagai senjata untuknya sekiranya ketiga-tiga isterinya cuba untuk buat hal. Nak dijadikan cerita, isteri ketiga Datuk Seri diceraikannya kerana sudah beberapa kali menolak nafsu seks luar tabiinya. Si isteri menuntut haknya untuk harta sepencarian tetapi Datuk Seri tidak beri dia satu sen pun dan jika dia berkeras untuk menuntut haknya, dia mengugut untuk sebarkan video seks bekas isterinya itu di Youtube. Alahai kasihan dek kerana video seks itu, bekas isterinya tidak berani untuk menuntut haknya. Dan daripada hidup senang lenang, kini dia harus berhempas pulas berkerja untuk menyara hidup, tanpa mendapat sedikitpun wang daripada Datuk Seri. Kata bekas isteri Datuk Seri ini melihat rakaman-rakaman video seksnya jijik sekali kerana Datuk Seri suka seks luar tabii. Dan ada masa dia berada dalam keadaan separuh sedar ketika melakukan hubungan kelamin bersama Datuk Seri kerana dia diberi pil khayal. Astaga, binatang sungguh perangai suami sebegini.

See also
Spaghetti Lobster Enak Musim Perayaan

 

Datin terbuka hati untuk berkongsi kisahnya yang diperas ugut oleh bekas kekasihnya. Melihat daripada gaya Datin yang bertudung litup ini tentu ramai beranggapan dia baik orangnya tetapi siapa sangka dia seorang yang liar pada masa mudanya. Dia sering menjadi mangsa teman lelaki waktu itu untuk diambil gambar-gambar lucahnya. Katanya demi kasih sayang tanpa menyedari yang dia sudah terpesong jauh. Akhirnya Datin ini memutuskan ikatan antara mereka. Teman lelakinya tidak mengganggunya atau mengugutnya. Selang beberapa tahun, Datin dilamar Datuk yang kini adalah suaminya. Apabila bekas teman lelakinya mengetahui yang dia bakal berkahwin dengan lelaki yang bergelar Datuk, dia mengugut Datin untuk menyebarkan gambar sekiranya tidak memberi kepadanya sejumlah wang. Datin yang sudah bertudung litup waktu itu bagaikan diserang histeria apabila bekas teman lelakinya muncul dengan perkhabaran yang paling ditakutinya. Apabila didesak duit, dan Datin tidak mahu melayannya, bekas teman lelakinya benar-benar memberi gambar bogelnya pada Datuk. Punahlah harapan Datin sedangkan dia sudah berubah dan mahu mulakan hidup baru bersama suami. Dia tahu Datuk pasti tidak sangka dia liar sebegitu dulu, kerana Datuk mengenalinya sebagai wanita yang begitu dekat dengan agama. Dia tahu perkahwinan yang lagi seminggu berlangsung pasti dibatalkan. Tuhan itu maha kaya kerana Datuk meneruskan juga perkahwinannya kerana menganggap itu adalah masa silam Datin dan dia tahu Datin sudah berubah sewaktu dia mengenali Datin. Alhamdulillah perkahwinan mereka sudah mencecah tujuh tahun pada tahun ini dan masih menghitung bahagia bersama.

See also
Marie Antoinette at the Gym

 

Cerita mengenai sosialit yang satu ini, dia dan teman lelaki sama-sama ketagih untuk merakan video seks mereka ketika sedang ‘bersama’. Hal ini kerana mereka suka menonton semula video seks itu bersama-sama. Di dalam video itu lagak mereka persis pelakon-pelakon porno di dvd lucah. Kata mereka apabila melihat balik aksi mereka, mereka akan lebih ghairah untuk bersama. Dan koleksi video-video lucah mereka dikatakan banyak lebih dari 20 video. Dan sehingga hari ini video seks mereka tidak tersebar. Cumanya kalaulah satu hari nanti mereka tidak bersama lagi, pastinya kompilasi video-video seks mereka akan menjadi isu besar nanti. Harap-harap tak tersebarlah!

 

Datin yang ramai anak ikan ini juga mempunyai tabiat untuk merakam video seksnya bersama anak-anak ikannya. Dia suka merakam video seks kerana baginya setiap lelaki mempunyai cara yang berlainan dalam melakukan seks. Jadi dia seronok untuk menonton kembali video seksnya dengan lelaki yang berbeza-beza. Katanya anak ikannya yang satu ini suka seks ganas, habis badannya dirotan, ada yang jenis romantik, pokoknya setiap lelaki yang melakukan hubungan seksual dengannya dia akan rakam. Katanya dengan melihat dirinya di dalam video-video itu dia berasa seksi dan sangat cantik tanpa seurat benang. Kalaulah kegiatan Datin ini dapat dihidu Datuk, habislah nasibnya. Tentu segala kemewahan yang dia ada akan lesap begitu sahaja. Ramai teman-temannya yang sudah menasihatinya untuk berhenti makan luar tetapi Datin tidak hiraukan.

 

Perkara seumpama ini membuat saya terfikir dimanakah letaknya moral diri seseorang itu apabila kita tergamak menganiaya orang dengan memaparkan aib orang lain sehingga sebegitu rupa. Apakah tidak ada perasaan belas dalam diri kita dan apakah kita tidak terfikir bagaimana rasanya kalau kita berada di tempat orang itu? Tentunya kita tidak sanggup untuk keluar rumah kerana malu untuk bersemuka dengan orang-orang yang kita sayang, teman-teman, rakan sekerja dan seluruh masyarakat yang lainnya. Kisah memeras ugut dengan video seks ini hingga boleh mengakibatkan mangsa bunuh diri kerana tidak dapat menahan rasa malu yang teramat. Saya kira perbuatan keji ini hanya dilakukan orang yang tidak bermoral atau sakit mental!

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Julai 2018