Senarai Selebriti Yang Disahkan Positif COVID-19 - Glam Malaysia

Senarai Selebriti Yang Disahkan Positif COVID-19

Seluruh dunia kini mempunyai kebimbangan terhadap virus Covid-19 yang terus merebak dan tidak mengira siapa mangsanya. Selebriti dan personaliti terkenal juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa virus ini. Berikut adalah beberapa selebriti dan personaliti yang telah disahkan positif dengan wabak yang kini diisytihar sebagai pandemik itu.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tom Hanks Dan Rita Wilson

Tom Hanks berkongsi berita tentang dirinya dan isteri disahkan positif dengan Covid-19 menerusi akaun Instagram miliknya. Pasangan selebriti itu berkata mereka mengasingkan diri ketika berada di Australia selepas disahkan positif untuk ujian Covid-19. Pasangan itu telah meninggalkan hospital lima hari selepas dimasukkan tetapi mereka tetap mengasingkan diri di sebuah rumah sewa di Australia.