GBC Love Wellness: Mandi Onsen & Self-Care Mewah di Urban Retreat Onsen Spa
Dalam kesibukan rutin seharian, jarang sekali kita berikan masa sepenuhnya untuk tubuh dan minda berehat. Minggu lalu, GBC menganjurkan sesi kedua ‘love wellness’ di Urban Retreat Onsen Spa, Sunway 163 Mall, sebuah acara eksklusif yang memberi peluang kepada ahli GBC untuk merasai pengalaman mandi onsen sambil menikmati rawatan spa menyeluruh yang direka khas untuk kesejahteraan diri.
Seawal melangkah masuk, tetamu disambut dengan suasana spa Jepun yang mendamaikan dengan pencahayaan lembut, aroma terapi yang menenangkan dan alunan muzik halus yang seakan membawa semua orang jauh dari hiruk pikuk kota. Ia menjadi ruang sempurna untuk “pause and reset” sebelum memulakan sesi rawatan istimewa.
Bukan sekadar aktiviti santai, acara ini turut menekankan kepentingan self-care yang konsisten. Setiap tetamu berpeluang merasai gabungan empat rawatan utama, selain menyertai aktiviti kecantikan dan sosial bersama ahli GBC lain.
Empat Rawatan Eksklusif, 60 Minit Setiap Satu Termasuk Mandi Onsen
Ahli GBC yang turut serta di dalam sesi kedua GBC Love Wellness di Urban Retreat Onsen Spa ini menerima rawatan berbeza yang berdurasi 60 minit untuk setiap seorang:
-
Onsen: Mandi berendam dalam air panas mineral yang membantu melegakan otot, meningkatkan peredaran darah serta memberi ketenangan mendalam.
-
Body Massage: Urutan seluruh badan selama sejam untuk mengurangkan ketegangan otot, melegakan stres dan memulihkan tenaga.
-
Foot Massage: Urutan refleksologi kaki yang memberi fokus pada titik tekanan, membantu melancarkan peredaran darah dan mengimbangi tenaga tubuh.
-
Body Scrub: Sesi lulur badan untuk menanggalkan sel kulit mati, melembutkan kulit dan memberikan rasa segar menyeluruh.
Setiap satu dari rawatan ini memberikan pengalaman spa yang cukup mewah dan menenangkan, ditambah pula dengan satu lagi sesi aktivasi face sculpting Gua Sha dari Paloma yang menjadikan acara lebih daripada sekadar relaksasi biasa.
Belajar Face Sculpting Gua Sha Bersama Paloma
Selain rawatan spa, booth aktivasi Paloma turut menjadi tumpuan. Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, Andrea, peserta diajar cara melakukan face sculpting Gua Sha dengan betul. Teknik ini membantu mengurangkan bengkak pada wajah, melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit, sesuatu yang boleh dipraktikkan sendiri di rumah selepas acara.


Door Gift Eksklusif Buat Ahli GBC Yang Turut Serta Untuk Pengalaman Mandi Onsen dan Terapi Urutan Badan

Sebagaimana acara GBC Love Wellness sebelum ini di Sages KL untuk sesi sound bath dan terapi bunyi, setiap ahli GBC yang turut serta menerima door gift eksklusif yang dipenuhi dengan produk kecantikan, set penjagaan wajah termasuklah Paloma, Philosophy Malaysia, Chloe Parfums dan Clarins, serta produk terapeutik dari Tanamera yang menyokong amalan kesejahteraan harian. Yang paling istimewa, peserta juga membawa pulang tumbler edisi khas GBC X Montigo!

Hidangan Sihat Seimbang Dari Cotta KL

Bagi melengkapkan acara, Cotta KL tampil dengan pilihan makanan dan minuman sihat yang menyegarkan. Sajian ringan ini bukan sahaja memuaskan selera selepas rawatan 60 minit, tetapi juga menambahkan elemen kemesraan kepada suasana santai acara.
Secara keseluruhannya, acara GBC Love Wellness di Urban Retreat Onsen Spa berjaya mencipta satu pengalaman holistik yang menyatukan elemen relaksasi, kecantikan dan gaya hidup sihat. Kebanyakkan peserta menyatakan keterujaan serta menikmati sesi rawatan terapi tubuh yang disediakan terutama sekali pengalaman rendaman onsen yang mana sebuah sesi yang jauh dari negara Jepun tetapi masih boleh dirasai di sini. Dari mandi onsen, urutan dan rawatan badan, sesi Gua Sha Paloma, door gift eksklusif hinggalah sajian Cotta KL segalanya dirangka untuk memberi pengalaman wellness yang benar-benar lengkap.
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Onsen Rahsia Kulit Sihat & Jiwa Tenang
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.














