Use your ← → (arrow) keys to browse
Lakonan Lady Gaga dan Adam Driver sebagai Maurizio Gucci mendapat pujian peminat dan pengkritik filem namun malangnya ia mengundang kecaman daripada ahli keluarga Gucci sendiri.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu, pewaris Gucci mengakui terkilan dengan tindakan pembikin filem yang enggan meminta pandangan mereka mengenai jalan cerita yang tepat.
Malah mereka turut kecewa kerana Aldo Gucci, presiden yang mengendalikan jenama itu selama 30 tahun dan ahli keluarga lain digambarkan sebagai ‘samseng, jahil dan tidak sensitif terhadap dunia sekeliling’.