Fesyen Unik Selebriti Luar Negara dan Pelitup Muka
Perhatikan gabungan fesyen unik selebriti luar negara memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19 berlaku.
Ketika kita memerangi wabak virus Covid-19 yang sedang meningkat, kerajaan mengesyorkan agar semua memakai pelitup muka jika berada di khalayak ramai. Selebriti juga sama sekali tidak terkecuali daripada protokol ini dan ada yang berkongsi selfie mereka memakai pelitup muka di media sosial untuk mengingatkan pengikut kepentingan memakai pelitup muka dan pencegahan virus Covid-19 dari terus berleluasa..
Pandemik Covid-19 menyaksikan kita dengan pelbagai kejadian aneh dan baharu termasuk fesyen selebriti luar negara yang tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan sosial industri seni dengan melakukan aktiviti diluar rumah mahupun mengadakan konsert! Mereka tidak lokek dalam mempersembahkan gaya pelitup muka yang unik dan hanya diperagakan oleh mereka sahaja. Covid-19 bukanlah penghalang bagi selebriti untuk berfesyen secara kreativiti dan menjadi diri mereka sendiri; antara artis yang senarai kelas A dalam meningkatkan kesedaran Covid 19 ini adalah Jennifer Hudson, Hillary Duff, Jennifer Aniston, Lady Gaga dan ramai lagi!
Lady Gaga tidak pernah mengecewakan peminat industri dengan kejutan pakaiannya yang unik, pelik dan berani. Anugerah Muzik Video (VMA) MTV agak berbeza pada tahun ini dimana protokal memakai pelitup muka diwajibkan walaupun ketika mempersembahkan nyanyian. Lady Gaga yang tidak melepaskan peluang norma baharu ini bertindak memberanikan diri dengan memperagakan kepelbagaian bentuk dan kreativiti enam pelitup muka fantasi berbeza yang dia pakai semasa acara itu. Topeng muka yang dipakai oleh diva muzik itu tidak seperti yang pernah kita lihat sebelum ini dimana kesemua pelitup muka dibuat daripada tanduk, kulit, keluli, kancing dan bahkan topeng LED, ia direka khas oleh Lance Victor Moore of San Francisco.
Hailey Bieber terkenal dengan pemakaian warna hitam, putih, atau padu padan keduanya dengan mudah. Walau apa pun, dia tidak pernah gagal dalam bergaya. Sering menggayakan pakaian ‘Street Chunky Style’ membuatkan penampilannya sering menjadi perhatian paparazzi dan pengikutnya kerana gayanya yang sederhana kala menyarung kepelbagaian Blazer dan Knitwear. Keperibadian sederhana pada Hailey Bieber adalah antara salah satu sebab Justin Beiber terpikat kepadanya, ditambah dengan pandemik ini Hailey menunjukkan sikap yang bijak dan contoh yang baik kepada masyarakat dengan memakai pelitup muka yang direka sederhana dengan style yang sederhana tetapi bergaya.
Gaya Ariana pasti feminin, menggoda dan menyeronokkan. Oleh itu, dia gemar memakai ‘Crop Top‘, mini gaun, baju yang besar dan dipadankan dengan kasut setinggi paha atau kasut ‘Sneaker‘. Ariana yang mempunyai 220 juta pengikut di Instagram tidak lokek berkongsi gaya hidup dan ramai antara pengikutnya yang sanggup meniru bentuk muka, mimik suara malah gayanya juga. Sering mencipta nama di Billboard Music membuatkan keseluruhan lagunya menjadi hits diseluruh dunia dan popular dikalangan selebriti. Ariana yang juga menghormati norma baharu turut memakai pelitup muka ketika berurusan luar seiring dengan gaya baju yang besar menunjukkan dia sebagai selebriti yang patut dicontohi.
Muziknya yang menggabungkan pop, dark pop, electro-pop, emo-pop, eksperimen pop, goth-pop, indie pop dan teen pop telah menempatkan namanya antara remaja muda yang terkenal pada usia 18 tahun. Digelar sebagai ikon sebenar dikalangan industri seni, dilahirkan pada abad ke-21, Billie merupakan selebriti muda yang pertama yang berjaya memasuki carta Billboard Hot 100. Mengenai gayanya, Billie Eilish terkenal dengan memakai apa sahaja yang dia mahukan selagi ia ‘Baggy‘. Berusia baru 18 tahun dalam industri seni, Billie menitik beratkan identiti baju dan style dimana Billie mempunyai sebab kenapa dia seringkali menggayakan style ‘Baggy’ malah pandemik ini menyaksikan Billie memperagakan pelitup muka yang direka khas oleh jenama terkenal, Gucci. Sentuhan manik dan mahal membuatkan gaya Billie kelihatan mewah dan bergaya!
Artikel berkaitan Doraemon Membintangi Koleksi Lunar Gucci