Use your ← → (arrow) keys to browse
Penemuan Nyaman Barista Creations For Ice
Segar dan sejuk dengan Edisi Terhad Coconut Flavour Over Ice Kelapa bukan suatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Ia bagaikan sebati dengan kehidupan seharian di mana isi kelapa dan santan menjadi bahan penting kala menyediakan hidangan makanan tempatan. Bukan itu sahaja, ia juga antara santapan pencuci mulut yang enak dan air kelapa pula dapat menyejukkan badan sekaligus menghilangkan dahaga kala berada di panas terik matahari.
Rasa kelapa dengan Edisi Terhad Coconut Flavour Over Ice Memberi rasa nan gembira kepada nota karamel dari Latin American Arabica Base Espresso.
Biji kopi dari Brazil memberi rona mellowness yang mudah didekati, sementara biji kopi yang lain dari Amerika Tengah dan Selatan pula memberikan campuran rasa akhir nan sebati. Buat anda si pencinta kopi, bancuh secawan kopi langsung ke atas ketulan ais untuk mencapai rasa sejuk yang diingini dan mengunci rasa serta-merta atau tuangkan air sejuk atau susu mengikut kesukaan anda. Nota vanila yang lazat nan sebati dalam secawan kopi separuh panggang sekaligus menyuntik rasa pulau tropika kala menikmatinya.
Barista Creations for Ice enak disajikan sebagai satu kapsul kopi (40ml) bersama segenggam ais (90g) atau air juga susu sejuk (90ml) untuk memberi kenikmatan sepenuhnya
Sejukkan tubuh dengan Freddo Delicato dan Freddo Intenso Kala berdepan dengan suhu yang hangat, Nespresso tampil mengembalikan dua campuran kopi ais yang disukai, Barista Creations Freddo Delicato dan Freddo Intenso, dengan rasa yang sama hebat juga reka bentuk nan baharu.
Nespresso merancang dengan teliti parameter panggang dan kisar untuk setiap campuran semata-mata untuk memastikan rasa dan kualiti kopi berada di kedudukan tertinggi walaupun ketulan ais mencair.