Dior And Roses
Dior mendedikasikan pameran ‘Dior And Roses’ kepada legasi bunga ros yang menjadi inspirasi buat rumah fesyen Paris ikonik itu di Christian Dior Museum di Granville, Normandy.
“Fortunately, there are flowers.” – Christian Dior
Simbol keanggunan, cinta dan feminin, bunga ros berada di pusat inspirasi rumah fesyen Dior. Dalam mendedikasikan sebuah pameran kepada legasi ratu segala bunga itu, Dior menganjurkan pameran ‘Dior And Roses’ di Christian Dior Museum yang terletak di Granville, Normandy. Pameran itu bermula pada 5 Jun sehingga 31 Oktober tahun ini.
Tulisan Christian Dior melalui memoirnya membuktikan bunga ros antara inspirasi yang paling disukainya. Ia bermula di taman ros milik keluarganya di Villa des Rhumbs di Granville, Normandy. Dan apabila Christian Dior bergelar couutier, dia menceduk inspirasi bunga ros sebagai muse. Warna dan kuntuman yang menjadi sumber kreativiti kepada rekaan gaun pada koleksi pertamanya, New Look yang kekal ikonik.
“I designed femmes-fleurs, women flowers with soft shoulders, blossoming busts, waists as slender as lianas and skirts as wide as corollas.’ – Christian Dior
Dari 1947 sehingga 1957, Christian Dior menghasilkan variasi siluet dengan menggunakan nama-nama yang membangkitkan refleksi pada bunga ros, seperti Rose France, Rose Thé, Rose Pompon, Rose de Damas dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, haruman pertama, Miss Dior memberikan penghormatan kepada adik perempuannya, Catherine Dior yang merupakan seorang pedagang serta pekebun bunga. Sehingga hari ini, tradisi bunga ros ini diteruskan di Normandy, dan digunakan untuk menghasilkan produk kecantikan Dior.
Bersempena dengan pameran itu, Dior juga mengeluarkan sebuah buku DIOR AND ROSES yang diterbitkan oleg Rizzoli New York. Buku dengan 160 helai muka surat akan menampilkan 120 gambar berwarna dengan penjilidan fabrikasi. Buka DIOR AND ROSES boleh didapati dengan harga €35.00 di sini.
Foto: Dior
Baca lebih lanjut: Interpretasi Kemewahan Versace Home