Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia - Glam Malaysia
Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia

Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia

Apabila tubuh menjadi mata pencarian, seperti kebanyakan atlet sukan, sudah semestinya anda ingin mengubah suai elemen diet untuk mencapai prestasi terbaik.

Bagaimanapun bagi sesetengah orang, mengikuti pemakanan seimbang sahaja tidak mencukupi. Atlet selebriti ini membuat keputusan mencuba diet ekstrem dan pelik, yang kebiasaannya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.

Lihat siapakah atlet yang dimaksudkan dan apakah diet pelik yang menjadi amalan mereka selama ini.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Aaron Rodgers detoks tubuh dengan minyak sapi pada waktu pagi, julap pada sebelah malam.

Quarterback NFL ini berkata dia mengurangkan pengambilan gula, alkohol dan hubungan seksual. Sebaliknya dia mengamalkan minyak sapi bersuhu suam dan julap sebagai sebahagian daripada proses detoks intensif selama 12 hari. Dikenali sebagai Panchakarma, amalan penyembuhan tradisional Ayurveda dari India ini bertujuan memulihkan badan dan minda.

Foto: Getty Images

Struktur asas Panchakarma melibatkan pengambilan minyak sapi suam pada waktu pagi untuk ‘melincirkan’ sistem dalaman tubuh. Ini diikuti dengan teh julap pada sebelah malam untuk detoksifikasi, menurut Institut Ayurveda. Pengamal juga digalakkan untuk hanya mengambil makanan tertentu seperti nasi dan kacang hijau serta mengelakkan makanan dan minuman sejuk. Dalam sesetengah kes, kaedah ini turut melibatkan rawatan paksa muntah, enema dan bekam.

See also
Pengalaman Kulineri Eksklusif: The Coach Restaurant Kini Dibuka Di Jakarta

Bagaimanapun tiada manfaat kesihatan yang diperolehi daripada amalan itu, menurut pakar pada 2009. Tubuh secara semula jadi melakukan detoksifikasi yang diperlukan melalui hati dan buah pinggang. Suplemen yang dikatakan membantu proses detoksifikasi biasanya tidak berkesan. Lebih teruk lagi ia boleh mendatangkan kemudaratan yang mencetuskan masalah dehidrasi atau penghadaman.