Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul - Glam Malaysia
Istanbul

Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

GLAM terbang jauh ke destinasi pilihan dunia, Türkiye. 3 hari di Istanbul merupakan pengalaman paling tidak dilupakan.

Tiga bulan lalu, saya menerima jemputan istimewa untuk mengembara ke bumi Istanbul oleh Lembaga Pelancongan Turki (Turkish Tourism Board). Tiga hari di sana sarat dengan informasi budaya,fesyen dan makanan. Ia satu pengalaman paling dinanti-nantikan.

Istanbul merupakan bucket list yang sudah lama saya simpan! Akhirnya bertemu jodohnya. Alangkah cantiknya momen di sana. Sudah tentu kembara ini, sebelum terjadi tragedi yang tidak disangka-sangka yang meruntun banyak jiwa. Apabila selatan Turki telah dilanda dua gempa bumi yang meragut ribuan nyawa dan kebanyakan penempatan musnah. Diari kembara ini ibarat mengembalikan sinar harapan buat pencinta bumi yang penuh budaya bersejarah ini.

Artikel berkaitan Lebih Hangat Dan Bergaya, Kembara Musim Sejuk Bermula Dengan Uniqlo HEATTECH

Türkiye merupakan destinasi impian anda! Kaya dengan keindahan gastronomi yang unik dan destinasi yang tiada tandingannya. Lawatan ke Türkiye merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sepanjang berada di sana, saya bersama rakan media Malaysia dan Indonesia ditemani oleh pemandu pelancong terbaik yang punya informasi padat mengenai setiap pelusok  Istanbul. Terima kasih Asyem Erginoglu dan Ebru Oztinaz dari Turkish Tourism Board menemani saya sepanjang lawatan kecil di sana.

See also
Donatella Lancarkan Buku Raikan Kariernya

ISTANBUL SYURGA BELI-BELAH DUNIA!

Istanbul merupakan ibu kota budaya dan fesyen Türkiye yang menawarkan peluang membeli-belah terbaik dunia. Sebagai ibu kota dua empayar yakni – Rom Timur (Byzantium) dan Empayar Uthmaniyyah – bandar ini sentiasa menjadi salah satu persimpangan laluan perdagangan terpenting sepanjang sejarah. Ia juga menjadi terkenal kerana menjadi tuan rumah kepada kraf dan produk terbaik yang mencerminkan kepelbagaian budayanya. Tidak berlengah masa ini tempat saya kunjungi dan tip terbaik kala berada di sini.

TENANG HATI MASUK MASJID HAGIA SOPHIA & RUSTEM PASHA

Alangkah bertuahnya saya apabila memasuki masjid Hagia Sophia tanpa halangan! Ayat pertama terlintas, Masyallah… cantiknya! Kagum saya dengan senibina. Hagia Sophia (Ayasofya dalam bahasa Turki) pada asalnya dibina sebagai basilika untuk Gereja Kristian Ortodoks Yunani. Walau bagaimanapun, fungsinya telah berubah beberapa kali dalam abad sejak itu. Hagia Sophia ialah simbol lama kota kosmopolitan itu. Hagia Sophia menambat kota lama Istanbul dan telah berkhidmat selama berabad-abad sebagai mercu tanda bagi kedua-dua Kristian Ortodoks dan Muslim.

See also
The Exchange TRX Presint Kuala Lumpur Bertaraf Dunia

Hagia Sophia

Masjid Rüstem Pasha (Bahasa Turki: Rüstem Paşa Camii) ialah sebuah masjid Uthmaniyyah yang terletak di Hasırcılar Çarşısı (Pasar Penenun Strawmat) di kejiranan Tahtakale di daerah Fatih di Istanbul, Turki, berhampiran Bazar Rempah. Dinamakan sempena Rüstem Pasha, yang berkhidmat sebagai Wazir Besar Empayar Uthmaniyyah di bawah Sultan Suleiman I, ia telah direka oleh arkitek empayar Uthmaniyyah Mimar Sinan dan disiapkan pada sekitar 1563.

Rustem Pasha Istanbul

Masjid Rüstem Pasha telah direka oleh arkitek empayar Uthmaniyyah Mimar Sinan untuk Wazir Besar Rüstem Pasha. Rüstem Pasha ialah suami kepada Mihrimah Sultan, salah seorang anak perempuan Suleiman the Magnificent oleh Hurrem Sultan, dan berkhidmat sebagai Wazir Besar (peranan yang setanding dengan perdana menteri Eropah) dari 1544 hingga 1553 dan dari 1555 hingga 1561.

TIP : Sebelum anda berkunjung ke masjid ini, bawalah selendang untuk menutupi bahagian kepala dan jaga kelakuan anda.