Datin X : Apalah Nasib Datin Bersuamikan Datuk Berperangai Si ‘Haji Bakhil’ - Glam Malaysia
Datin X Apalah Nasib Datin Bersuamikan Datuk Berperangai Si Haji Bakhil

Datin X : Apalah Nasib Datin Bersuamikan Datuk Berperangai Si ‘Haji Bakhil’

Yang si isteri kerap bawa watak isteri teraniaya, dek kerana kasih pada suami dan sayang title, hidup bersuamikan si Haji Bakhil pun diteruskan jua!

Kerana pangkat dan harta, Datin Yahra (bukan nama sebenar) merana hidup sepanjang enam tahun bersama suami yang tidak bertanggung jawab. “Entah-entah Datin Yahra lah penyebabnya. Manjakan sangat suaminya sehingga besar kepala sebegitu rupa,” kongsi Datin Marina kepada Datin X. Kita yang mendengar ini hanya mampu menggeleng kepala. Betul kata orang, cinta bukan sesuatu yang mudah. Ia suatu yang rumit dan sangat subjektif.

“Beruntung Datin Yahra bersuamikan dia, senang hidupnya…”

Cerita kain dalam Datin Yahra dan Datuk Khay satu keluarga bukan lagi rahsia. Datin Yahra memang terkenal dengan sikap yang tidak tahu simpan rahsia, termasuklah rahsia keluarganya sendiri. Gelaran ‘mulut lembik’ sebelum berkahwin kekal sehingga sudah beranak pinak. Kalau dari dulu sudah berperangai begitu, memang sukar berubah bila sudah sebati dalam darah. Perangai buruknya itu tidak dapat disorok walaupun ia melibatkan aib diri dan keluarga sendiri.

See also
7 Penyanyi Ikonik Yang Tidak Pernah Memenangi Anugerah Grammy

Al-kisahnya, Datuk Khay memang seorang yang handsome dan kaya raya tapi punya sifat Haji Bakhil!

Dulunya – kerana itu jugalah Datin Yahra terpanah dengan bisikin asmara cinta suaminya itu. Diberi pelbagai harta, dimanja pelbagai cara. Datin Yahra yang lemah kala diberi perhatian akhirnya terjatuh cinta dek kebaikan yang disemai suaminya itu sejak di awal perkenalan. Datuk Khay seorang yang gemar ‘memberi’. Sejak diperkenalkan oleh Datin Yahra lebih sedekad lalu, Datin X rasa dialah satu-satunya lelaki yang pantang bersua muka, pasti diajaknya makan bersama. Walau 10 meja panjang ke penjuru sebelah sana, semuanya akan ditanggung beres olehnya! Itulah dia Datuk Khay yang dikenali semua.

Begitu pemurahnya dia di mata teman-teman dan keluarganya. Bukan itu sahaja, siapa sahaja yang dijumpai, dia pasti hulur apa yang ada dalam poket. “Beruntung Datin Yahra bersuamikan dia, senang hidupnya,” berkali-kali kedengaran ayat ini setiap kali di akhir pertemuan bersama mereka berdua. Saban tahun, Datin Yahra dan suami makin menyendiri. Susah bertemu kelibat mereka sekeluarga.

See also
Tengku & Che Puan Mahkota Kelantan Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

Apatah lagi bila mereka memutuskan untuk berpindah ke luar bandar. Lebih jarang kami bersua dan keluar outing seperti biasa. Namun baru-baru ini, Datin Yahra muncul di ruang komen media sosial Datin X. Memberi komen rindukan kami yang dulu—young, wild and free. Pada Datin X, ia perkara biasa dan sedikit pun Datin X tidak menyangka yang bukan-bukan.

Pautan berkaitan: Datin X: Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan

Namun bila setiap kali bertemu teman yang lain, ada sahaja gossips tentang Datin Yahra. Mulanya sukar untuk Datin X percaya namun bila tuan punya badan sendiri Whats’App Datin X bercerita tentang kemelut rumah tangganya yang sedang huru-hara, fahamlah Datin X dengan gossips yang semakin liar diperkatakan semua orang. Datuk Khay, sebenarnya seorang yang acah-acah suka bersedekah namun hakikatnya dia si ‘Haji Bakhil’ atau pun dalam erti kata yang mudah difahami, kedekut. Nampak seperti seorang yang suka memberi tetapi sebenarnya dia tengah pokai.

Dia sukakan perhatian dan pujian, maka sebab itulah dia rajin bersedekah di hadapan orang. Ada ketika dia sanggup mengosongkan wang dalam dompetnya untuk diberi kepada pelayan di restoran atau pekerja di parkir valet agar dirinya tampak gah dan berduit juga disegani walaupun sebenarnya wang di dalam bank sudah mulai menipis.

See also
4 Cara Mudah Ruang Mesra Alam

Sejak mereka berpindah ke luar bandar, perniagaan Datuk Khay menemui jalan buntu. Mereka berhadapan dengan kekangan wang dan ini mengehadkan aktiviti mereka sekeluarga untuk membuang wang sewenang-wenangnya. Sejak kehilangan mata pencarian yang memberi kebanggaan mereka sekeluarga, setiap kali Datuk Khay pulang ke rumah, Datin Yahra lah yang menjadi mangsa. Habis barang kemas dipajak, kereta dijual untuk dilaburkan kepada kereta yang lebih gah dan besar agar status dan pangkatnya masih relevan.

Artikel sepenuhnya di dalam

atau

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa