Coach Cafe Pertama Di Dunia Dibuka Di Singapura
coach cafe

Coach Cafe Pertama Di Dunia Dibuka Di Singapura

Buat pecinta cafe, boleh singgah ke Singapura untuk melawat Coach Cafe pertama yang dikendalikan bersama Brawn & Brains Coffee.

Coach Cafe dibuka dengan jayanya di Chinatown yang terletak di Singapura. Ia dibuka bersama dengan pelancaran butik Coach Play Singapore Shophouse. Butik vintaj ini merupakan konsep bespoke pertama Coach yang mahu menyemarakan keaslian sesuatu negara. Maka kedai lama di Jalan Keong Saik menjadi pilihan Coach membuka kedai bespoke pertama mereka di dunia bersama dengan Coach Cafe by Brown & Brains Coffee.

ALL AMERICAN CHEESEBURGER

Bangunan lama tinga tingkat dicat dengan rona merah jambu, mampu menarik peminat fesyen serta cafe-lovers di bawah satu bumbung yang sama. Melewati pintu utama dan terus ke belakang ruang Coach Play Singapore Shophouse adalah di mana terletaknya cafe. Rasa retro cukup kuat, kerana jenama New York ini mahu memadukan selera Big Apple dengan Singapura. Ruang cafe ini bermain dengan rona merah jambu cair berlawan dengan kuning, menambat hati pelanggan yang mahukan ketenangan.

See also
#NYFW: Hello to Next Season’s Coach 1941

Cafe-Lovers Patut Cuba Hidangan Ini!

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

coach cafe

DREAM IT REAL S’MORES