Citarasa Premium Marriott Bonvoy Kini Di GrabFood - Glam Malaysia

Citarasa Premium Marriott Bonvoy Kini Di GrabFood

Seleksi hotel dan resort di bawah portfolio Marriott Bonvoy kini menawarkan citarasa premium terus ke rumah melalui kerjasama bersama GrabFood.

Mengidam citarasa premium kala ‘lockdown’ di rumah? Kini, semuanya berada di hujung jadi sahaja. Seleksi hotel dan resort di bawah portfolio Marriott Bonvoy kini menawarkan sajian nan eksklusif terus ke rumah melalui kerjasama bersama GrabFood. Ini adalah integrasi pertama Marriott International bersama platform penghantaran Grab dalam mengajikan pengalaman gastronomi terunggul.

The Living Room, The Westin Kuala Lumpur

“Di Marriott International, kami sentiasa mencari cara inovatif untuk berhubung bersama pengunjung kami dan melalui kerjsama bersama Grab, hotel-hotel kami dapat meneruskan untuk memberikan pengalaman restoran dan bar kualiti hotel kepada lebih ramai untuk dinikmati di rumah mereka,” kata Area Vice President, Singapore, Malaysia, Maldives, Marriott International, Rivero Delgado.

Classic Afternoon Tea Set di The Drawing Room, The St. Regis Kuala Lumpur

Di Malaysia, Marriott Bonvoy akan menampilkan 14 buah restoran melalui platform GrabFood. Seleksi restoran yang terletak di sekitar Lembah Klang adalah The Brasserie di The St. Regis Kuala Lumpur​; The Living Room di The Westin Kuala Lumpur​; Flock di W Kuala Lumpur​; TRACE di Element Kuala Lumpur​; Yen di W Kuala Lumpur​; Nook di Aloft Kuala Lumpur Sentral; Quan’s Kitchen serta Jann di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown​; dan, Feast di Sheraton Petaling Jaya Hotel​.

The Brasserie, The St. Regis Kuala Lumpur

 Manakala, pengunjung yang berada di Johor Bahru dan Pulau Langkawi juga boleh mendapatkan sajian kegemaran mereka dari Café BLD serta Wan Li di Renaissance Johor Bahru Hotel​; L’Orangerie di The St. Regis Langkawi; Seasonal Tastes di The Westin Langkawi Resort & Spa; dan Nook di Aloft Langkawi Pantai Tengah.

See also
Citarasa Warisan Perkahwinan Melayu Di The St. Regis Kuala Lumpur

Quan’s Kitchen, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown
Feast, Sheraton Petaling Jaya Hotel

Dari sajian antarabangsa seperti Lobster Tagliatelle dan Black Angus Beef Tenderloin, kepada citarasa timur dan barat dengan set bento, juga variasi hidangan tempatan seperti Penang Char Koay Teow, Wok-Fried Mee Mamak, Nasi Lemak, dan pelbagai lagi pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati di rumah nanti. Buat pesanan anda di GrabFood sekarang.

Foto: Marriott International

Baca lebih lanjut: Gossip Girl Kembali Dengan Generasi Upper East Side Baharu