Use your ← → (arrow) keys to browse
Nick kini bersendirian di Los Angeles manakala isterinya, Priyanka Chopra berada di London sejak akhir tahun lalu untuk menjalani penggambaran beberapa projek.
Dalam tempoh itu dia sibuk memeriahkan kerusi juri The Voice dan sempat melancarkan album terbaharu, Spaceman.
Menggelar isterinya sebagai sumber inspirasi untuk album tersebut, Nick mengakui sangat bertuah kerana memiliki Priyanka sebagai muse.
“Saya tidak malu untuk mengakui bahawa dia adalah inspirasi utama saya ketika menulis lagu. Saya sangat bertuah memilikinya sebagai sumber ilham dan ia mendorong saya untuk terus menulis; ia ada di mana-mana untuk saya,” katanya kepada L’Officiel.