Use your ← → (arrow) keys to browse
Dua hari selepas Shakira Bzrp Music Session #53 dilancarkan, Gerard turut memberi respon sindiran terhadap lirik lagu itu sewaktu mempromosikan liga terbarunya, Kings League dalam rancangan Chup Chup Kings.
“Kami telah mencapai persetujuan dengan Casio,” selorohnya sambil menunjukkan jam jenama yang melingkari pergelangan tangannya kepada penonton.
Selepas tertawa panjang, dia menambah: “Saya serius. Kami telah menandatangani perjanjian dengan Casio untuk Kings (League). Jam tangan ini akan bertahan sepanjang hayat, percayalah!”
Dia turut memandu kereta Twingo ke perlawanan ketiga Kings League selepas mendapat penajaan peribadi daripada Renault.