Cara Meningkatkan Rasa Kekitaan dan Kesejahteraan - Glam Malaysia

Cara Meningkatkan Rasa Kekitaan dan Kesejahteraan

Penasihat Kesihatan & Kesejahteraan di Chiva-Som dan Zulal Wellness Resort, berkongsi cara perhubungan menggalakkan kesihatan dan mengekalkan perhubungan walaupun dalam talian!

Penasihat kesihatan & Kesejahteraan di Chiva-som dan Zulal Wellness Resort berkongsikan kebaikan bersosial dan bagaimana untuk kekal connected semasa Covid-19 dan jarak jauh. Manusia adalah makhluk sosial secara semula jadi. Hubungan sosial nampaknya memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan yang lebih lama dan lebih sihat. Setiap orang yang kita berinteraksi adalah ahli rangkaian sosial kita. Namun mencari masa untuk membina, meningkatkan dan mengekalkan hubungan sosial nampaknya semakin sukar, dengan tekanan di tempat kerja, di rumah, dan kini disebabkan oleh COVID-19.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Hubungan sosial seperti merasakan sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri kita, berasa rapat dan connected dengan orang lain, berasa difahami. Kualiti hubungan sosial kita juga penting, sejauh mana kita melibatkan diri dengan orang yang penting dan menyokong dalam kehidupan kita dengan cara yang meningkatkan rasa kekitaan dan kesejahteraan kita.

See also
Menu Sahur Simple Yang Wajib Anda Tahu!

Sukanya Koonpon, Penasihat Kesihatan & Kesejahteraan di Chiva-Som Hua Hin mengkongsikan penglibatan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial telah terbukti memberikan manfaat kesihatan:

KESIHATAN MENTAL

  • Peningkatan perasaan kekitaan dan tujuan, harga diri yang lebih tinggi dan lebih empati terhadap orang lain, lebih yakin, bekerjasama dan terbuka untuk mempercayai orang lain
  • Lebih gembira hasil daripada pembebasan oksitosin, “hormon cinta”, dan serotonin, “hormon gembira”
  • Daya tahan yang lebih tinggi terhadap tekanan, tahap kebimbangan yang lebih rendah dan kemurungan yang berkurangan
  • Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran kognitif

KESIHATAN FIZIKAL

  • Meningkatkan motivasi untuk menjaga diri dan tingkah laku positif
  • Memperbaiki tabiat makan dan senaman, rehat dan kualiti tidur
  • Menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular akibat mood yang dipertingkatkan

KEIMUNITI

  • Tahap hormon tekanan yang lebih rendah dan keradangan kronik
  • Pemulihan yang lebih cepat daripada penyakit fizikal dan pandangan positif
  • Memanjangkan umur