Use your ← → (arrow) keys to browse
Tiga hari menjelang Krismas, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle membuat keputusan mendedahkan wajah anak bongsu mereka.
Sekian lamanya peminat Harry dan Meghan menantikan detik istimewa ini dan ia akhirnya menjadi kenyataan selepas enam bulan kelahirannya.
Wajah Lilibet Diana Mountbatten-Windsor dikongsikan buat kali pertama semalam menerusi kad Krismas 2021 yang turut menampilkan pasangan itu bersama putera mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor.
Ia merupakan kad Krismas keempat pasangan itu sejak mendirikan rumah tangga pada 2018.