Buku Fashion Eye Meraikan Kembara Louis Vuitton - Glam Malaysia

Buku Fashion Eye Meraikan Kembara Louis Vuitton

Éditions Louis Vuitton menyambut kedatangan musim panas tahun ini dengan dua edisi buku fotografi terbaharu daripada koleksi Fashion Eye iaitu Sao Paulo dan Venice.

Bersempena dengan festival Rencontres de la Photographie di Arles, Perancis, Éditions Louis Vuitton menyambut kedatangan musim panas tahun ini dengan dua edisi buku fotografi terbaharu daripada koleksi Fashion Eye. Fashion Eye Venice oleh jurufoto Britain, Cecil Beaton akan mempersembahkan keintiman kota Venice yang bersahaja, manakala Fashion Eye Sao Paulo pula menampilkan jurufoto muda Brazil, Alexandre Furcolin yang menonjolkan sisi sensual dan semangat kota Sao Paulo.

FASHION EYE VENICE BY CECIL BEATON

“Siapa yang tidak suka melancong?” tanya Cecil Beaton. “Kita semua adalah Marco Polos di dalam hari, bermimpikan pengembaraan yang jauh bersama keghairahan romantic abad kesempilan belas”. Jurufoto itu telah meninggalkan kita dengan diari kenangan dan rekod fotografi yang merakamkan pengembaraannya ke kota Itali itu. Majlis kostum, acara sosial, berenang, dan banyak lagi peluang yang digunakan untuk menghargai esen kota Venice. Dia telah merakamkan dunia penuh magis dengan imaginasi yang abadi, sebuah dunia yang telag terbina sejak berkurun lamanya dalam suasana menakjubkan yang digelar La Serenissima.

FASHION EYE SÃO PAULO BY ALEXANDRE FURCOLIN

Alexandre Furcolin memilih rizom sebagai prinsip asas kepada karyanya. Tiada hierarki. Lukisan warna, lukisan dan fotografi disatukan dalam letusan warna terang dan garisan yang berjalinan. Ia mengingatkan kita kepada Cy Twombly, Jean-Michel Basquiat, Antoni Tàpies, dan Vincent Delbrouck dari Belgium. Artis dan iconographer itu membawa kita ke dalam keseliratan jiwanya, bersama kemurahan hati sebagai makhluk yang sentiasa berubah. Karya visualnya adalah diari yang sensual dan mempunyai pelbagai sisi yang menerima metamorfosis serta keindahan bahasa yang baharu. Sao Paulo adalah kota yang penuh keistimewaan, bagaikan sebuah arka elektrik. Padanya, ia adalah satu obsesi, sebuah afrodisiak, keindahan kota asing yang penuh rebel.

Buat pemiat siri buku fotografi Louis Vuitton ini, kedua-dua buku Fashion Eye Venice dan Sao Paulo sudah boleh didapati di stor fizikal serta secara atas talian.

See also
Buku Coffee Table Fesyen Mesti Miliki

Foto: Louis Vuitton Malaysia

Baca lebih lanjut: Tip Penjagaan Kereta Dengan Servis Tanpa Sentuh