Kafe Bottega Veneta Pertama Kini Dibuka Di Osaka - Glam Malaysia

Kafe Bottega Veneta Pertama Kini Dibuka Di Osaka

Buat penggemar Bottega Veneta, rumah fesyen ini baru sahaja membuka Kafe Bottega Veneta yang pertama di Osaka, Jepun. Berkeluasan 55 meter persegi, kafe ini terletak di tingkat dua Hankyu Men’s department store dan terdapat laluan secara terus dari butik Bottega Veneta.

Mengetengahkan konsep lightness, ruang kafe menggabungkan warna berani dengan unsur cahaya bagi membangkitkan rasa pesona pada ruang kafe berkenaan yang mencerminkan jenama mewah Itali yang ikonik tersebut.

Saat memasuki ruang, lantai kafe diserlahkan dengan Terrazzo Palladiano yang dibuat dengan pelbagai marmar Venetian serta papan tanda neon merah jambu yang terang, memberikan impak balkoni di atas bandar. Sementara itu, dinding taman kaca memperlihatkan kehijauan alam semula jadi disamping dinding seni bina dengan kemasan plaster putih.

Sementara itu, warna kuning dipilih untuk meja sebagai sementara warna biru sebagai palet untuk meja bar. Tempat duduknya pula mengingatkan identiti Bottega Veneta sendiri iaitu intrecciato espresso leather mewah yang disokong oleh struktur kayu sensual.

See also
LIVE STREAMING: MICHAEL KORS FALL 2016

Bottega Cafè menawarkan curated menu yang diilhamkan oleh stail Itali tradisional seperti kopi, teh, jus dan wain, serta pelbagai makanan pencuci mulut dan salty aperitivo bites. Mengetengahkan jenama warisan yang kaya, pemilihan wain diberi perhatian secara eksklusif dan terdiri dari rantau Veneto – tempat kelahiran Bottega Veneta.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse