Rutin Kecergasan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza Dipantau Sebaiknya Oleh Garmin FENIX 6 - Glam Malaysia

Rutin Kecergasan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza Dipantau Sebaiknya Oleh Garmin FENIX 6

Baru-baru ini, GLAM berkesempatan untuk menyertai GARMIN Wellness Retreat di Glamzspace, Genting Highland di mana pasangan dua sejoli, Aiman Hakim Ridza serta Zahirah MacWilson turut sama menyertai kembara dua hari satu malam ini. Melapangkan jadual yang yang padat dari kesibukan pengambaran, kedua-dua mereka yang juga selaku duta kepada edisi Fenix 6 ini turut disertai dengan beberapa media lain dalam menjalani beberapa aktiviti menyihatkan dan seterusnya tahap kecergasan mereka dan yang lain-lain dipantau oleh GARMIN Fenix 6 yang nyata istimewa.

GARMIN sememangnya satu jenama jam tangan gaya hidup pintar yang menyokong rutin seseorang dalam menawarkan pemantauan berkesan dan kembara GARMIN Wellness Retreat ini sememangnya satu usaha terbaik memperkenalkan spesifikasi terhebat jam tangan ini. Untuk ini, Garmin melancarkan Fenix 6, Fenix 6S dan Fenis 6X melancarkan tiga jam tangan pintar yang menyasarkan individu yang banyak melakukan aktiviti senaman dan luar yang lasak. Antara aktiviti yang dirancang ketika kembara eksklusif ini adalah HIIT, yoga seta hiking.

See also
Gaya Fesyen 'Summer' Kendall Jenner

KEISTIMEWAAN GARMIN FENIX 6

Fenix 6 dan Fenix 6S menawarkan skrin sebesar 1.3″ dan 1.2″ berwarna dengan pilihan skrin yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 3 yang tahan lasak yang mampu bertahan dalam apa jua cuaca dan keadaan muka bumi, malah menyertakan ciri Power Manager yang membolehkan jam bertahan dalam tempoh yang lama sehingga beberapa hari.

 

Keduanya hadir dengan fungsi tambahan lain seperti kemampuan mengesan kepekatan oksigen dalam darah, PacePro yang membantu pengguna melakukan larian terbaik bergantung kepada keadaan, mengesan pola tidur dan bateri tubuh yang memberitahu pengguna jumlah tenaga pada tubuh ketika melakukan aktiviti luar serta membantu pengguna menguruskan jadual senaman, waktu rehat, dan waktu tidur. Keseluruhan Fenix 6 Series didatangkan bersama sokongan GPS sekaligus membolehkan pengguna membaca peta di dalam hutan tanpa memerlukan rangkaian mudah alih seterusnya  menyokong fungsi kalis air sehingga kedalaman 100 meter dan lebih tahan lasak menerusi kerangka badan Titanium.

Berikut adalah harga setiap satu koleksi Fenix 6:

See also
Sajian - Fiesta Rasa Ili Sulaiman

Fenix 6S = RM2999 (Sapphire = RM3950)

Fenix 6 = RM2999 (Sapphire = RM3950)

Fenix 6X Sapphire = RM4199

Fenix 6X Pro Solar = RM4699 (Titanium body)

Fenix 6X Pro Solar = RM5699 (Titanium body & bracelet)