Use your ← → (arrow) keys to browse
Kanser tiroid papilari adalah sejenis kanser paling biasa yang menjejaskan tiroid, menurut Mayo Clinic.
“Terdapat beberapa jenis kanser tiroid. Ada yang merebak dengan sangat perlahan dan ada juga yang boleh menjadi sangat agresif dengan pantas. Kebanyakan kes kanser tiroid boleh sembuh dengan rawatan,” jelas kenyataan klinik tersebut.
Kadar kanser tiroid dilihat semakin meningkat tahun demi tahun dan doktor berpendapat ia disebabkan teknologi baharu yang membolehkan mereka mengesan sekecil-kecil sel kanser pada peringkat awal yang tidak mampu dikesan pada masa lalu.