Use your ← → (arrow) keys to browse
Satu khabar duka buat peminat filem Korea apabila aktres Park So Dam disahkan menghidap kanser tiroid.
Menurut agensi pengurusan ArtistCompany, Park So Dam didignos menghidap kanser tairod papilari dan telah menjalani pembedahan. Dia kini sedang berehat panjang dan dalam proses pemulihan.
Penyakit bintang Parasite itu dikesan ketika menjalani rutin pemeriksaan kesihatan baru-baru ini, meletakkan noktah pada rancangannya untuk mempromosi filem terbaharu, Special Cargo yang berlangsung pada hari pembedahannya.