Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut CBS News, suhu yang terlalu sejuk, kekurangan kelengkapan untuk musim sejuk di setiap kediaman, dan tiada perhubungan antara syarikat tenaga dengan sumber tenaga kebangsaan Amerika Syarikat menyebabkan terputusnya tenaga dan paip menjadi beku. Akibatnya, berjuta penduduk tidak mendapat akses kepada makanan, haba serta air bersih.
Ini bukan kali pertama Beyonce menghulurkan bantuan buat mangsa yang terjejas akibat bencana. Disember tahun lalu, dia menyumbang sebanyak RM2 juta kepada mereka yang mendapat notis pengusiran akibat krisis perumahan di Amerika Syarikat yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Seramai 100 orang menerima sumbangan tersebut melalui BeyGOOD Foundation. Sehingga ke hari ini, yayasan milik Beyonce telah menghulurkan berjuta-juta dolar Amerika untuk membantu mereka yang terjejas akibat pandemik.