Use your ← → (arrow) keys to browse
Beyonce sememangnya terkenal dengan sikapnya yang prihatin dan dermawan. Jika sebelum ini dia membantu mangsa krisis perumahan dengan sumbangan RM2 juta, kali ini dia menghulurkan bantuan kepada penduduk Texas yang terjejas akibat ribut salji pula.
Pasti anda sendiri sudah melihat beberapa foto dan video yang tular mengenai situasi yang berlaku di Texas sekarang ini. Suhu rendah yang melanda kawasan yang tidak dilengkapi peralatan untuk menghadapi musim sejuk telah mengakibatkan bencana ribut salji yang dahsyat.
Disebabkan itulah penyanyi Formation ini tanpa rasa ragu menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan kepada penduduk yang kehilangan sumber makanan, air dan tenaga elektrik. Setakat ini, 34 orang telah terkorban akibat bencana ini.
Khamis lalu, penyanyi Formation ini menerusi yayasan miliknya, BeyGOOD Foundation mengumumkan kerjasama dengan Adidas dan Bread of Life untuk membantu mangsa. Penduduk Texas yang terjejas dari segi kewangan akan menerima sehingga RM4,000 melalui program ini.