Use your ← → (arrow) keys to browse
Sejak perpisahan Jennifer Lopez dan Alex Rodriguez, timbul pelbagai spekulasi mengenai kehidupan peribadi penyanyi ini.
Antaranya adalah adakah A-Rod akan berubah dan memenangi hati Lopez kembali. Juga sama ada ibu anak dua itu akan kembali ke dalam hidup bekas suaminya, Marc Anthony.
Umum mengetahui perhubungan antara Lopez dan Anthony sangat baik dan mereka mengasuh anak bersama tanpa sebarang masalah selama bertahun-tahun.
Malah kebanyakan peminat teruja jika mereka kembali bersama dan mencipta semula zaman kegemilangan sebagai salah satu power couple di Hollywood, sama seperti berbelas tahun lalu.