Bercuti Dengan Panorama Indah di Premier Village Phu Quoc
Premier Village Phu Quoc

Bercuti Dengan Panorama Indah di Premier Village Phu Quoc

Musim cuti kembali! Apa lagi yang lebih baik selain daripada menikmati percutian indah bersama yang tersayang di Phu Quoc, Vietnam!

Buat anda yang sedang merancang percutian namun tidak tahu hendak ke mana, GLAM cadangkan anda untuk terbang ke salah sebuah pulau terbaik Vietnam iaitu Phu Quoc. Di sini, bukan sahaja anda dapat menikmati keindahan pulaunya malah anda dapat mencuba makanan hebat yang lazat lagi segar. Dan semestinya, percutian di Phu Quoc tidak akan lengkap tanpa lokasi penginapan yang selesa. GLAM berpeluang untuk menginap di Premier Village Phu Quoc, resort mewah dengan servis terbaik, sesuai buat anda yang ingin bercuti bersama keluarga mahupun tersayang.

Premier Village Phu Quoc

Terletak di hujung semenanjung Phu Quoc, resort mewah ini dibina secara eksklusif buat anda yang inginkan percutian pantai. Hadir dengan vila yang memiliki kolam renang, lokasinya yang strategik menghadap pantai yang menenangkan ini secara tidak langsung membuatkan anda yang datang bercuti mampu menikmati keindahan alam sekitar yang mengujakan. Ini kerana ia bukan sahaja menyediakan panorama pantai, di Premier Village Phu Quoc ini juga menyediakan lanskap bukit-bukau kehijauan yang mendamaikan.

See also
GLAM Junior Mei 2014

Premier Village Phu Quoc

Terdapat 215 buah vila di Premier Village Phu Quoc, dan kesemuanya tampil dengan kolam renang peribadi, ruang tamu dan makan yang luas serta tempat tidur yang lapang dan selesa. Tidak cukup dengan itu, buat anda dan keluarga mahupun teman-teman yang inginkan aktiviti air yang menyeronokkan, pihak Premier Village Phu Quoc ada menyediakan aktiviti terbaik buat para pengunjungnya. Anda boleh mencuba aktiviti kayak, perahu kayuh, dan aktiviti lain seperti berbasikal juga spa dan sauna. 

Selain daripada itu, buat anda yang ingin menjelajah pulau Phu Quoc ini terutama sekali buat anda yang ingin berkunjung ke pulau Hon Thom dengan menaiki kereta kabel terpanjang di dunia, resort Premier Village Phu Quoc ini tidaklah jauh lokasinya. Hanya 15 minit sahaja perjalanan masa yang diambil. Selain itu, pihak resort turut menyediakan kenderaan bas buat anda yang ingin menikmati persembahan Kiss of The Sea, persembahan air multimedia terbesar di dunia dengan selingan persembahan bunga api yang menakjubkan!

See also
Tribute to Asia Pacific & The Middle East - Tumi x Chris Pratt