Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang 90210, AnnaLynne McCord baru-baru ini mendedahkan dirinya pernah menghidap kecelaruan identiti disosiatif atau dahulunya dikenali sebagai kecelaruan personaliti.
Menerusi satu wawancara bersama Dr. Daniel Amen, AnnaLynne berkongsi butiran mengenai pengalamannya dan mengapa dia mahu mengurangkan stigma berkaitan isu ini.
“Saya tidak langsung berasa segan. Tiada apa-apa mengenai pengalaman saya yang mengundang perasaan malu. Dari situlah kita boleh sampai ke titik di mana kita boleh bercakap mengenai trauma ini, walau seteruk mana pun ia.”
Lima tahun lalu, AnnaLynne berbicara secara terbuka mengenai penderaan seksual yang dialaminya sewaktu zaman kanak-kanak dan bagaimana ia memberi kesan kepada perhubungan cintanya.