Use your ← → (arrow) keys to browse
Ibu mana tidak sedih dan cemas apabila anak yang dikasihi diuji dengan masalah kesihatan.
Itulah yang dirasai Mira Filzah apabila anak lelakinya, Wan Khair Amir yang baru berusia tiga bulan disahkan positif Covid-19 dua minggu lalu.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mengakui hilang punca dan menangis apabila dimaklumkan bahawa puteranya dijangkiti virus berbahaya itu.