Alami Citarasa Makanan Cina Asli Dan Kesegaran Laut Di Oversea Seafood
Rasai suasana menjamu selera seolah di bawah air yang menakjubkan, dengan salah satu destinasi makanan laut di Oversea Seafood! Citarasa makanan Cina Asli dengan pengalaman ‘from tank to table dining’.
Jika anda meminati makanan laut dan ‘Chinese Cuisine‘, Oversea Seafood adalah jawapannya! Restoran Oversea Seafood menjanjikan pengalaman makan yang mengasyikkan dengan suntikan elemen makanan laut yang menakjubkan. Restoran yang merupakan tambahan baru kepada Oversea Group ini, terkenal dengan masakan Cina Aslinya yang sungguh menyelerakan.
Pengalaman ‘From Tank To Table Dining’ Di Restoran Oversea Seafood
Terletak seolah di bawah ombak, pengalaman menjamu selera yang luar biasa ini menawarkan pelbagai hidangan yang tertumpu kepada makanan laut yang dimasak teliti oleh chef induk. Apa yang membezakan Oversea Seafood dengan restoran makanan laut lain adalah dedikasinya terhadap kecemerlangan serta pendekatan inovatifnya dalam menyampaikan makanan laut segar. Perkhidmatan ‘from tank to table dining‘ menjadi elemen utama yang membolehkan pengunjung untuk menikmati kesegaran makanan laut.
Selain itu, Oversea Seafood juga turut menghidangkan citarasa makanan Cina Asli ‘pork-free‘. Nyata, sesuai buat pelanggan beragama Islam untuk turut menerokai pengalaman menjamu selera makanan laut ini. Antara menu yang semestinya perlu dicuba adalah seperti ‘House Special Giant Freshwater Prawn‘, ‘Black Truffle Fried Rice with Japanese Scallop’, ‘Indonesian Mud Crab with Chili’ dan banyak lagi. Setiap hidangan disediakan dengan kepakaran dan semangat, menawarkan pelbagai citarasa dan tekstur yang diilhamkan limpah kurniaan laut.
Mempunyai 28 bilik peribadi dengan tetapan reka bentuk unik yang berbeza, Restoran Oversea Seafood menawarkan suasana sempurna untuk menjamu selera. Daripada perjumpaan intim hinggalah ke acara besar-besaran, setiap majlis diraikan dengan hidangan mewah dan santapan yang tidak akan dilupakan.
Setiap butiran reka bentuk dalaman pula mencerminkan keagungan lautan. Aksen nautika seperti dayung, sauh dan panel kayu lapuk membangkitkan suasana pelayaran. Dalam pada itu, perincian motif lautannya juga semestinya sangat mengagumkan!
Restoran yang bertempat di Kuala Lumpur ini sememangnya destinasi makanan laut dengan elemen citarasa Cina Asli yang mesti dicuba. Bayangkan menjamu selera di syurga bawah air yang mengasyikkan, di mana setiap butiran mencerminkan keagungan lautan. Oversea Seafood membentangkan pilihan juadah yang pelbagai sambil memastikan setiap selera yang amat memuaskan!
Artikel berkaitan: Citarasa Nipah Kini Kembali!