9 K-Drama Netflix Yang Dinantikan Tahun 2025
Tahun 2025 bakal menjadi tahun yang penuh dengan keterujaan buat peminat K-Drama seluruh dunia, terutamanya di Netflix.
Platform penstriman ini terus menjadi peneraju dalam membawa pelbagai genre drama Korea yang menarik, daripada kisah cinta romantis, thriller penuh misteri, kepada fantasi yang luar biasa. Tahun 2024 telah menjasikan K-Drama yang penuh dengan jalan cerita menraik buat peminat drama Korea. tahun 2025 menjanjikan variasi cerita yang memenuhi pelbagai citarasa. Apa yang membuatkan senarai K-drama kali ini lebih istimewa ialah penglibatan bintang terkenal seperti IU, Park Bo-gum, Kim Go-eun, dan Lee Min-ho. GLAM akan senaraikan sembilan K-Drama Netflix yang dinanti-nantikan.
#1 When The Stars Gossip
Selepas 2 tahun, aktor Lee Min-ho kini kembali dengan K-Drama terbaru yang bakal muncul di Netflix. Bakal berganding bersama Gong Hyo-jin, kedua pelakon ini memberi jangkaan yang tinggi kepada penonton. When The Stars Gossip menceritakan tentang seorang angkasawan dan seorang pelancong yang bertemu dan jatuh cinta di sebuah stesen angkasa. Lee Min-ho memegang watak pelancong angkasa, Gong Ryong, seorang pakar OB/GYN yang sedang bercinta dengan pewaris korporat terkaya di Korea. Drama ini akan mula bersiaran di Netflix pada 4 Januari 2025.
#2 All The Love You Wish For
Kim Woo-bin dan Bae Suzy kembali di skrin selepas 8 tahun sejak K-Drama terakhir mereka, Uncontrollably Fond. Dalam drama fantasi romantik komedi ini, Jinn yang dilakonkan oleh Kim Woobin merupakan seorang jin yang terbangun daripada tidur panjang selama berabad-abad. Bae Suzy yang memegang watak Ga-young Bae kemudian diberi diberi tiga permintaan oleh Jinn.
#3 The Price Of Confession
Selain dari drama romantik komedi, K-Drama misteri thriller juga akan kembali. Kali ini, ia akan menampilkan barisan pelakon hebat, termasuk Jeon Do-yeon, Kim Go-eun, Park Hae-soo dan Jin Seon-kyu. Jeon Do-yeon memegang watak Ahn Yoon-soo, seorang wanita yang dituduh membunuh suaminya. Dia bertemu dengan seorang banduan misteri (Kim Go-eun) dan membuat perjanjian berbahaya bersamanya.
#4 Squid Game 3
Baru sahaja tamat dengan musim kedua, K-Drama penuh misteri ini akan kembali dengan musim ketiga tahun ini. Masih bertahan, perjuangan Lee Jung-jae sebagai Gi-hun akan kembali dengan penuh tanda tanya.
#5 Weak Hero Class 2
Selepas dua tahun menunggu, Weak Hero Class akhirnya muncul dengan musim kedua. Salah satu drama thriller terbaik pada tahun 2022 ini bakal kembali dengan watak utama, Park Ji-hoon juga. Mengisahkan pelajar sekolah menengah, Yeon Si-eun (Park Ji-hoon), berdepan keganasan brutal di sekolah. Kini, Netflix bakal menyiarkan musim kedua drama ini, di mana Si-eun akan mencabar sekumpulan pembuli baharu selepas dipindahkan ke sekolah lain. Musim kedua ini juga akan menampilkan Yoo Soo-bin, Ryeoun dan Choi Min-young. Aksi dari pelakon-pelakon muda ini amat dinantikan oleh peminat-peminat drama Korea.
#6 When Life Gives You Tangerine
Enam tahun selepas membintangi Hotel del Luna, bintang K-pop dan pelakon IU akhirnya kembali ke dunia K-drama. Dalam siri terbaharu arahan Kim Won-suk, yang turut mengarah drama IU sebelum ini, My Mister. Menurut Netflix, drama yang sangat dinanti-nantikan ini berlatarkan Pulau Jeju dan akan mengisahkan pengembaraan Ae-sun (IU), seorang pemberontak luar biasa. Bersamanya, Park Bo-gum akan memainkan watak Gwan-sik, kononnya besi yang tidak goyah. Drama ini juga termasuk dengan kisah cinta Gwan-sik yang telah lama menyukai Ae-sun sejak mereka kecil.
#7 Can This Love Be Translated?
Drama ini ditulis oleh duo penulis skrip terkenal, Hong sisters yang menghasilkan K-Drama seperti Alchemy of Souls dan Hotel del Luna. Mereka menghasilkan drama romantik-komedi menarik, dibintangi oleh Go Youn-jung dari Moving dan Kim Seon-ho dari Hometown Cha-Cha-Cha. The Price Of Confession bakal menceritakan kisah cinta yang tidak dijangka antara penterjemah berbilang bahasa, Ju Ho-jin, dan selebriti global, Cha Mu-hee. Kim Seon-ho akan membawa watak Ju Ho-jin manakala Go Youn-jung akan membawa watak bintang global Cha Mu-hee.
#8 Hong Rang
Sekali lagi muncul dalam drama berkonsepkan sejarah, Lee Jae-wook kini memegang watak Hong Rang yang hilang pada usia lapan tahun, dia kembali ke rumah tanpa sebarang ingatan. Dia kembali ke rumah tanpa sebarang ingatan, dan Jae-i (Jo Bo-ah) menjadi terperangkap antara keraguan dan cinta terhadap abang tirinya yang penuh misteri. Gabungan diantara Jo Bo-ah dan Lee Jae-wook amat dinanti-nantikan oleh peminat K-Drama.
#9 Two Women
Satu lagi K-Drama yang bakal hadir dengan kemunculan Kim Go-eun, Two Women menceritakan tentang perjalanan dua sahabat yang mempunyai hubungan cinta-benci yang rumit dan bertahan lama. Bekas sahabat baik sejak kecil, Ryu Eun-jung (Kim Go-eun) dan Cheon Sang-yeon (Park Ji-hyun), bertemu semula pada usia 42 tahun apabila mereka berdepan cabaran besar iaitu perjuangan Sang-yeon melawan kanser.
Artikel Berkaitan: 5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman