6 Filem Seram & Thriller Wajib Anda Tonton Tahun 2025
Sebelum bulan Halloween berakhir, inilah masanya untuk anda maraton filem seram dan thriller terkini pada tahun 2025.
Dari kisah psikologi hingga babak ngeri penuh misteri. Sama ada anda peminat elemen superficial, pembunuhan bersiri atau memberi ketegangan pada minda, senarai ini menawarkan pelbagai pilihan yang boleh anda tonton di platform penstriman popular. Jadi, tutup lampu, sediakan popcorn dan bersedia untuk malam penuh debaran dengan filem seram thriller 2025 wajib tonton ini!
Filem seram & thriller 2025
Berikut adalah senarai filem seram/thriller 2025 yang menarik walaupun sesetengah tarikh tayangan di Malaysia belum disahkan yang boleh anda nantikan:
1. The Gorge

Diarahkan oleh pengarah Scott Derrickson dan dilakonkan oleh Anya Taylor-Joy dan Miles Teller, filem gabungan aksi-seram dan sains fiksyen ini menampilkan dua penembak tepat yang ditugaskan menjaga sebuah penggali tebing yang mendalam tanpa mengetahui apa yang tersembunyi di dalamnya. Tayangan rasmi mula di platform Apple TV+ pada 14 Februari 2025.
2. Holy Ghost

Filem seram misteri Amerika, mengisahkan seorang gadis yang diselamatkan dari penculik dan mendakwa penyelamatnya adalah seorang pegawai polis yang telah meninggal dunia. Kisah ini kemudian membawa penyiasatan ke satu rahsia gelap yang mengaburkan garis antara hidup dan mati. Tayangan bermula 8 Ogos 2025 di Amazon Prime Video dan Apple TV.
3. The Plague

Filem drama-thriller dengan unsur seram, karya pertama pengarah Charlie Polinger yang berpangkalan Amerika/Romania, menceritakan kisah gelisah melalui kemahiran tubuh anak lelaki 12 tahun ketika berada di kem sukan lelaki.
4. The Caretaker

Sebuah filem psychological horror-thriller dari UK yang berlatar sekolah terpencil di pesisir, dikendalikan oleh keluarga aristokrat dengan rahsia gelap. Filem ini diarahkan oleh Luke Tedder.
5. Good Boy

Filem supernatural horror Amerika yang menggunakan sudut pandang anjing sebagai watak utama dalam kisah rumah berhantu. Filem ini tampil unik dan berbeza daripada kebanyakan filem seram tradisional.
6. Dust Bunny
Filem seram thriller Amerika yang mengisahkan seorang gadis berusia lapan tahun yang meminta bantuan jiran pembunuh upahan untuk memusnahkan ‘raksasa di bawah katilnya’. Diarahkan oleh Bryan Fuller dan dibintangi Mads Mikkelsen.
Artikel Berkaitan: 4 Tatarias Kuku Yang Bertemakan Halloween
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.


