200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition - Glam Malaysia

200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition

Kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS antara bakat yang menonjolkan visi mereka melalui 200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition, sebuah pameran beg kembara ikonik yang bermula di rumah keluarga Louis Vuitton, sebelum merentasi benua dalam pengembaraan global.

Imaginasi pada 200 buah beg kembara yang diberikan sentuhan tersendiri oleh 200 bakat berbeza dalam meraikan ulang tahun kelahiran Louis Vuittion yang ke-200, bakal disatukan sebagai sebuah pameran buat pertama kali. Dari tingkap pameran yang dijalankan sejak Ogos 2021, Louis Vuitton mempersembahkan pameran 200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition yang bakal bermula di rumah keluarga Louis Vuitton di Asnières, sebelum merentasi benua dalam pengembaraan global.

Bermula pada 9 Disember 2021 di rumah Louis Vuittion yang terletak di barat kota Paris, pameran 200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition akan terbang ke destinasi fesyen utama dunia seperti New York, Beijing, Tokyo, London dan banyak lagi. Pengembaran global selama setahun ini bakal berakhir pada Disember 2022 di Sotheby’s, dan akan menyaksikan acara lelongan diadakan. Kesemua hasil keuntungan dari lelongan tersebut akan disalurkan kepada program biasiswa yang telah diasaskan oleh Louis Vuitton.

See also
Emosi Tegang Lakonan Ain Edruce dan Miller Khan

Pameran beg kembaran ini ini menyediakan pentas buat kesemua bakat untuk menonjolkan visi masing-masing, serta dipersembahkan secara menyeluruh dan dinamik untuk memberikan pernghormatan kepada legasi Louis Vuitton. Inisaitif yang bermula sejak 4 Ogos 2021 menyaksikan barisan duta dan sahabat kepada rumah fesyen ini dari pelbagai cabang industri. Antaranya Jean-Michel Othoniel, Jean-Philippe Delhomme, Nigo and juga kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS.

Menjalinkan kepada kehidupan Louis Vuitton, pameran ini memberikan pengalaman yang unik yang bermula dari rumah pengasas rumah fesyen ikonik itu sendiri. Kemudian, menyusuri tangga ke aras satu, pengunjung akan merentasi jalanan bertingkat pada bangunan penuh sejarah itu, dalam menghayati seni bina abad ke-19.

Pameran ini juga merupakan fasa filantropi kedua dalam sambutan LV200, yang telah menyaksikan fasa pertama mengumpulkan €2 juta yang disumbangkan kepada 15 badan kebajukan terpilih di 13 negara. Bermula 9 Disember 2021 sehingga 6 Januari 2022 di 16 Rue Louis Vuitton in Asnières, sebelum terbang ke kota New York pada Februari 2022. Pengunjung boleh daftar di sini.

See also
Peminat Teruja BLACKPINK Rosé Kucup Bruno Mars

 

Foto: Louis Vuitton Malaysia

Baca lebih lanjut: Aksesori Istimewa Samsung Galaxy Z Flip3 5G Bersama Disney