15 Foto Majlis Berinai Rajwa Al Saif, Bakal Permaisuri Jordan - Page 13 of 15 - Glam Malaysia
15 Foto Majlis Berinai Rajwa Al Saif, Bakal Permaisuri Jordan

15 Foto Majlis Berinai Rajwa Al Saif, Bakal Permaisuri Jordan

Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Putera Mahkota Al Hussein disatukan dengan gadis pilihan hatinya, Rajwa Al Saif.

Majlis keraian untuk perkahwinan Diraja terbesar 2023 telah pun bermula menjelang detik pernikahan Putera Mahkota Jordan dan warga Arab Saudi pada 1 Jun. Acara pra perkahwinan dimulakan dengan majlis berinai yang dianjurkan oleh Permaisuri Rania buat bakal menantunya, Rajwa Al Saif di Madareb Bani Hashem.

“Saya amat gembira kerana anda semua hadir untuk meraikannya bersama kami. Hari ini adalah hari istimewa untuk kami dan seluruh keluarga (rakyat) Jordan: Kegembiraan kami adalah satu dan sama... Dekat atau jauh, anda semua berada di dalam hati kami hari ini,” kata Permaisuri Rania.

Permaisuri Jordan itu menambah, “Saya tidak akan lupa betapa gembiranya saya dan Baginda apabila Al Hussein memaklumkan dia ingin berkahwin dengan Rajwa. Dia adalah jawapan sempurna untuk semua doa saya buat Al Hussein. Semoga kamu berdua sentiasa menjadi sumber kebahagiaan dan sistem sokongan buat sama lain.”

Lihat koleksi foto terbaik daripada majlis berinai Rajwa Al Saif yang berlangsung beberapa hari lalu.

13 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ketika memberi ucapan, Permaisuri Rania berkata, “Sebagai ibu, satu perkara yang kita benar-benar mahukan adalah memastikan anak-anak kita gembira. Kita sering bertanya kepada diri sama ada kita telah melakukan yang terbaik dalam membesarkan anak-anak. Pada hari-hari terakhir Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hussein (bekas Raja Jordan) dan sebelum kemangkatannya, saya berjanji kepada Almarhum untuk membesarkan Al Hussein seperti yang dimahukannya.”