10 Fakta Menarik Mengenai Album Ikonik Adele ‘21’ - Glam Malaysia

10 Fakta Menarik Mengenai Album Ikonik Adele ‘21’

Bersempena dengan ulang tahun ke-10, GLAM senaraikan 10 fakta menarik mengenai album ikonik ‘21’ yang telah menggegarkan industri muzik seluruh dunia.  

10 tahun lalu pada 24 Januari 2011, Adele telah menggegarkan dunia dengan kemunculan album keduanya berjudul ‘21’. Album ini membariskan lagu-lagu-hit yang masih lagi bermain dalam fikiran sehingga hari ini. Tidak salah untuk mengatakan album ini adalah sebuah karya klasik dalam sejarah muzik pop dunia. Antara lagu hit daripada album ini termasuklah Someone Like You, Rolling In The Deep, Rumour Has It, Set Fire To The Rain dan banyak lagi.

Dalam meraikan pencapaian album ikonik ini, berikut adalah 10 fakta menarik yang anda mungkin tidak tahu mengenai album ‘21’:

1 – ‘21’ adalah album yang mempunyai penjualan tertinggi sepanjang abad ke-21. Ia telah terjual sebanyak 31 juta album di seluruh dunia, dan telah menguasai tangga pertama dalam carta muzik di 30 buah negara.

2 – Judul ‘21’ diambil bersempena dengan usia Adele ketika proses rakaman album ini dijalankan. Menurut Adele, selepas album ‘19’, ‘21’ dan ‘25’, dia tidak akan menggunakan usianya lagi untuk judul album seterusnya.

3 – Lagu-lagu heartbreak di dalam album ini diinspirasikan oleh perpisahan Adele dengan kekasihnya yang dikatakan berakhir selepas 18 bulan bersama. Adele pernah menyanyikan lagu Take It All untuk kekasihnya sebelum mereka berpisah.  

4 – ‘21’ adalah album keempat mencatatkan penjualan tertinggi sepanjang zaman.

5 – Lima lagu daripada album ini telah dijadikan sebagai single utama iaitu Someone Like You, Rolling In The Deep, Set Fire To The Rain, Rumour Has It dan Turning Tables.

6 – Seperti album sulungnya ‘19’ yang mempunyai pengaruh folk dan Motown soul, album ini turut menyuntik elemen muzik American country dan Southern blues selepas dia mengelilingi Amerika Syarikat ketika jelajah An Evening with Adele sekitar 2008 hingga 2009.

7 – Album ini telah menguasai Anugerah Grammy ke-54 dengan menggondol 7 kategori, termasuklah Album Terbaik, Album Vokal Pop Terbaik, Record Terbaik, Lagu Terbaik, Muzik Video Terbaik untuk (Rolling In The Deep) dan Persembahan Solo Pop Terbaik melalui lagu Someone Like You. Penerbit album ini, Paul Epworth turut memenangi kategori Penerbit Tahunan, Non-Classical.

8 – Ketika lagu Set Fire To The Rain berada pada kedudukan kedua, Rolling In The Deep di tangga kelima dan Someone Like You pula ketujuh pada minggu yang sama pada 2012, Adele mecipta sejarah sebagai artis wanita pertama mempunyai tiga lagu single dalam carta Billboard Hot 100.

9 – Pada September 2011, Adele telah memecahkan rekod Guinness World Records sebagai artis wanita pertama dengan dua lagu single dan dua album yang menjuarai carta Top5 United Kingdom pada masa yang sama.  

10 – Adele memulakan konsert jelajah Adele: Live dalam rangka promosi album ‘21’ dengan 60 buah konsert, tetapi membatalkan separuh jalan kerana terpaksa menjalani pembedahan vokal pada November 2011.

Baca lebih lanjut: Raikan Tahun Baharu Cina Dengan MINI Countryman SE

See also
Adele Bongkar Punca Perceraian Dalam Album Baharu, 30