Will You Crack The Code?

Will You Crack The Code?

Audemars Piguet mengungguli sosok reputasi paling bergaya menerusi royal oaknya selama 45 tahun. namun,  seiring selera trend yang berubah, jenama Swiss ini berevolusi lalu memecah tradisi dengan membentangkan penanda waktu generasi baru yang ultra eksklusif. Audemars Piguet menampilkan koleksi terbaru yang menyentuh keanggunan rekaan kontemporari. Tercipta berpaksikan semangat yang tidak menyisihkan keagungan jenamanya, Audemars Piguet Code 11.59 melaungkan erti sebenar sempadan masa, geometri dan jantina.

Sentuhan warna halus Musim luruh ini, pelbagai tali kulit baru membawa warna biru, coklat, kelabu dan mutiara. Pengintegrasian lurus tali dalam yang menghubungkan lugs, dikimpalkan ke bezel yang lebih nipis, mendedahkan teknik penamat tangan yang halus, menghiasi seni bina yang tidak konvensional dan multifaset.

Reka bentuk ergonomik Pertamanya dalam sejarah Audemars Piguet, Code 11.59 melangkaui sempadan jantina. Ia direka bertepatan dengan selesa semasa  yang tidak membataskan siapa anda. Case yang kompleks bersegi lapan kini dimasukkan kedalam case rekaan bulat dengan kemas. Case belakang pula melengkung memberikan komposisi optimum yang membolehkan anda menikmati keselesaan pada pergelangan tangan yang berbeza. Rekaan melengkung turut diangkat sebagai reka bentuk inovatif buat koleksi ini. Code 11.59 mewakili pelancaran yang paling komprehensif dalam sejarah Pembuatan dengan 13 rujukan, termasuk empat komplikasi dan tiga calibre baru: chronograph bersepadu dengan roda lajur dan fungsi pemalikan, pergerakan self-winding dengan tanda detik dan tarikh dan selfwinding flying tourbillon calibre.

See also
Pameran Naomi: In Fashion, Pandora’s Box Naomi Campbell

Sentiasa di menerajui rekaan kehadapan, koleksi ini untuk menghasilkan evolusi baru menjelang 2020!