Fit For A Maharajah - Glam Malaysia

Fit For A Maharajah

Meraikan seni artisan barang kemas termewah yang dicedok ideanya daripada Mahajara India meletakkan Cartier sebagai satu jenama yang paling agung. Karya rantai The Mahajarah yang meraikan acara istiadat yang melibatkan raja istana bersama seri batu berlian biru nilam dan delima. Rantainya pula digubah mengikut pertukangan asli India oleh asrtisan Cartier.

Pelayaran ke Polinesia membawa satu detik bersejarah buat Cartier. Orang yang perlu dijulang adalah Jacques Cartier yang berlayar ke tanah India untuk mencari berlain paling indah buat Cartier. Pelayaran mewah pada 1991 itu membawa satu hubungan baru di antara Asia dan Eropah. Cartier bangga mampu mendapatkan barangan berlian mewah daripada Delhi, Calvutta dan Bombay. Tanah india ini mempunyai berlain yang cukup agung seperti zamrud, nilam dan delima. Juga mereka terkenal dengan seni pertukangan barang kemas yang cukup halus lalu membuahkan idea kepada artisan Cartier untuk melahirkan koleksi yang merai seni tradisi barang kemas India.

GAMBAR DIRAKAM PADA 1936 DI MANA DAISY FELLOWES MEMAKAI RANTAI TUTTI FRUTTI

RANTAI MAHARAJAH OLEH CARTIER

SUBANG YANG BOLEH DICABUT DARIPADA RANTAI MAHARAJAH CARTIER

India yang terkenal dengan rona-rona indah juga menyajikan batu palet yang unik. Gabungan merah, hijau dan hijau cukup menaikkan seri barang kemas ini. Ditambah pula dengan seni susunan yang menyuntik rasa feminin, indah corak bunga melekat pada tubuh wanita yang menyarungkan koleksi mewah Tutti Frutti oleh Cartier ini. Ilham ini mendapat ideanya daripada barang kemas milik Mughal dan seni pertukangan barang kemas daripada Rajasthan. Lalu, ia mencipta satu fenomena di Eropah di mana banyak wanita mahukan koleksi Tutti Frutti ini. Baca lanjut dalam GLAM Februari 2020.

See also
Coach x Mint+Serf : Kempen Musim Luruh 2022