Fesyen Gen Z: Ini 9 Utama Pilihan Trend Generasi Baru

9 Trend Fesyen Sinonim Dengan Gen-Z

Siapa yang tidak kenal generasi Gen Z yang sering menjadi bualan di setiap media sosial? Malah mereka juga antara generasi yang berani bergaya mengikuti individualiti.  Ini 9 trend fesyen Gen-Z pilihan GLAM.

Jika anda rasa anda sudah berusia, ya seharusnya! Ini kerana Gen Z adalah mereka yang dilahirkan antara 1997 dan 2012. Golongan ini muncul pada masa kini dan membangunkan gaya mereka yang tersendiri seperti setiap generasi sebelum ini.

Jika anda sentiasa mengikuti trend fesyen 2023, anda mungkin dapat lihat beberapa fesyen yang dipakai oleh mereka seperti seluar jeans low-rise, stocking panjang, crocs, baju t-shirt corak grafik dan banyak lagi.

9 Gaya Wajib Dalam Fesyen Gen Z

Mari lihat fesyen yang menjadi pilihan generasi ini yang sangat fashionable dan boleh dijadikan inspirasi kepada anda semua.

1. Baggy dan Cropped Cardigan

Cropped-cardigan bersama dengan seluar baggy atau jeans adalah fesyen yang sering kita lihat pada masa kini. Fesyen Gen Z ini adalah fesyen yang sangat selasa dan simple untuk digayakan ke mana sahaja buat mereka. Malah gaya ini juga menjadi cedokan inspirasi buat generasi lain yang enggan mengenakan helaian terlalu ketat.

See also
Video Taylor Swift Dinanti-nanti Ramai Akhirnya Dilancarkan di VMAs!

2. Colour Block

Jika dibandingkan Gen Z dan milenium di pejabat mahupun acara di luar, kita boleh lihat milenium akan memakai seluar jeans dan baju hitam manakala golongan Gen Z akan memakai fesyen colour- block. Ini menunjukkan bahawa generasi baru ini adalah generasi ikon fesyen yang tidak takut untuk memakai warna yang menarik perhatian dan bold.

3. Y2K

Fesyen Gen-Z mencedok inspirasi daripada Y2K yang mana mereka gemarkan low rise pants dan cropped top

Untuk pengatahuan anda, Y2K adalah fesyen yang paling popular dan trending di media sosial. Fesyen ini boleh dikatakan fesyen yang paling diminati oleh Gen Z.

Y2K adalah fesyen daripada tahun 2000. Namun, generasi sekarang masih menaikkan fesyen ini dan menjadikannya sentiasa dalam trend.

4. Crocs

Jika kita lihat terdapat jenama crocs yang berkolaborasi bersama selebriti seperti Justin Bieber, Post Malone, Bad Bunny dan banyak lagi. Dengan kolaborasi ini, crocs habis dijual dengan pantas dan ia jualan yang memecah rekod untuk tahun 2023.

Nama besar seperti Ariana Grande, Kendall Jenner dan Lebron James semuanya telah dilihat memakai kasut kontroversial ini. Ia memberikan Gen Z dengan lebih banyak lagi inspirasi dalam fesyen.

See also
Fresh Off Vouge, Elle Fanning Dilantik Jurucakap Terbaru L’Oréal Paris

5. Graphic Element

Golongan ini sangat menyukai fesyen yang mempunyai elemen grafik pada baju yang unik dan luar biasa. Elemen grafik ini sudah ada sejak 90-an. Namun pada masa kini, Gen Z sangat berminat sehinggakan terdapat banyak jenama local dan antarabangsa mengeluarkan fesyen yang menggunakan elemen grafik.

6. Beaded

Gen-Z juga gemar memakai beads sebagai aksesori fesyen Gen-Z mereka

Aksesori manik adalah akseori yang paling disukai oleh peminat fesyen Gen Z berbanding dengan emas. Sebab utama aksesori manik mendapat perhatian dan dijadikan trend, ia kerana ia adalah fesyen yang boleh dipakai oleh lelaki atau perempuan.

7. Pattern Fashion

Fesyen corak penuh atau pelbagai corak sama ada pada skirt, seluar, singlet atau baju adalah sangat sesuai untuk Gen Z. Ianya kerana, fesyen ini kelihatan sangat menyerlah, young dan playful. Fesyen ini dikatakan tidak berapa sesuai untuk millenial namun jika mempunyai konfident mereka juga boleh kelihatan fashionanble.

8. Tinted Sunglasses

Tinted sunglasses antara aksesori kegemaran fesyen Gen Z apabila menggayakan penampilan mereka

Cermin mata berwarna menambah dimensi tambahan untuk kelihatan cheeky adalah aksesori yang sering dipakai generasi ini. Anda boleh memakai cermin mata ini pada bila-bila masa sahaja walaupun tiada matahari. Cermin mata ini membuatkan anda kelihatan sangat trendy dan bergaya.

See also
Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas

9. Mini Skirt

Skirt mini antara helaian fesyen Gen Z sering sarung setiap hari

Generasi ini sangat unik dan kreatif kerana mereka dapat mencipta fesyen seperti membuat mini skirt menjadi lebih mini. Skirt extra mini ini kita dapat lihat ramai menggunakan fesyen ini di TikTok dan mini skirt ini sering digunakan dalam fesyen Y2K.

Artikel Berkaitan : 9 Gaya Fesyen Effortless & Chic Camila Morrone Pilihan GLAM