Tiga Laporan Trend Fesyen koleksi musim bunga/panas 2023 - Glam Malaysia
Tiga Laporan Trend koleksi musim bunga/panas 2023

Tiga Laporan Trend Fesyen koleksi musim bunga/panas 2023

Apakah taruhan yang dibawa label fesyen dalam memasuki musim baharu? Apakah punya perbezaan dari musim-musim lepas? Semak trend fesyen yang ditawarkan Fendi, Prada dan Louis Vuitton khas musim ini. 

FENDI

Trend fesyen yang dibawa Kim Jones untuk koleksi wanita musim ini ternyata cukup tersendiri. Kim Jones membangunkan kod yang telah ditetapkan semasa memegang jawatan di jenama itu sambil melakar sejarah FENDI dan mengembangkan karya kreatif tersendirinya. Melalui perspektif segarnya, masa lalu menjadi masa depan. Karya Karl Lagerfeld, dari 1996 hingga 2002, merupakan titik permulaan koleksi FENDI yang bersifat moden. Musim ini, Kim mengilhami daya kreatif yang pernah dipersembahkan oleh Karl dan menginovasinya secara visual dan teknikal. Cetakan bunga yang diambil dari arkib FENDI dan logo yang mula diperkenalkan pada 2000 menambat koleksi lalu, kemudian dibayangkan semula untuk koleksi musim ini.

Musim ini, infusi rumusan moden terlihat pada deretan aksesori, namun tetap setia pada sisi savoir-faire FENDI. Menjadikan beberapa tas tangan sebagai aksesori kunci bagi musim bunga 2023 beraspek tak terduga di era baharu FENDI. Kesukanan dan nuansa lembut menonjolkan sisi kemewahan FENDI untuk musim ini.

See also
Amelia Henderson & Hael Husaini Cadangkan Trik Gaya Easy Glamour

Potongan lembut dan ‘bersih’ pada rangkaian dress dan skirt memberikan elemen wearable dan versatil. Terdapat aspek fesyen Y2K yang dirancang untuk memancarkan nuansa kekinian dan memberikan gaya muda untuk generasi baru. Elemen pocket pada seluar kargo yang nyata garapan elemen fesyen Y2K telah dieksplorasi dengan chic dan timeless.

PRADA

Koleksi wanita Prada musim bunga 2023 menemui perkaitan antara yang asas dan yang sensual. Dua faktor bergabung dan disambut sebagai elemen kontra, mengalihkan perspektif berbeza dan realiti yang berasingan. Ibarat lapangan multiverse.

Dalam naratif yang sama, koleksi mencerminkan semangat wanita yang bertemakan “Touch of Crude”. Look pertama menampilkan jaket business yang dipadankan dengan celana potongan skinny, bersama-sama gaun jarang dengan hiasan logo segi tiga ikonik Prada pada bahagian dada. Gaun slip yang menggoda, dress dan skirt kait, mendedahkan butiran berlapis untuk menambah sentuhan kontras. Padanan ini disertakan dengan beg tangan rona terang, serta bulu mata palsu yang lebat, salah satu riasan wajah yang utama terlihat sepanjang pertunjukan.

See also
GLAM EXPOSE: Gelaran ‘Datin’ untuk isteri nombor dua, tiga dan empat. Perlu atau tidak?

Aksesori kerongsang bunga ditampilkan dalam warna coklat, beige, merah jambu dan banyak lagi. Pementasan disudahi dengan dress bercetak, diikuti dengan rekaan serba hitam.

Perspektif Miuccia Prada yang konsisten bahawa feminin cukup sinonim dengan kekuatan dan kuasa. Koleksi kali ini, diciptakan sebaik mungkin mendorong kepercayaan diri mereka yang mengenakannya. Makna glamor pada Miuccia adalah tentang menghidupkan optimis dan membuat diri bersemangat.

 

LOUIS VUITTON

Zip bersaiz besar, kolar puffer, dan cetakan mencuri perhatian apabila pengarah kreatif Nicolas Ghesquiere mempersembahkan koleksi musim bunga 2023 Louis Vuitton berskala lebih besar daripada kehidupan.

Bekerjasama dengan artis Perancis Philippe Parreno untuk mencipta pemasangan landasan seperti sarkas, Ho Yeon Jung (pelakon Squid Game) membuka acara dengan look pertama. Menyemat karakter “more is more”, menawarkan perincian penting seperti kolar tinggi yang seakan bantal empuk, di samping konstruksi pinggul yang tegas dengan reka bentuk yang serupa. Himpunan sut kulit diserlahkan dengan gancu, menghasilkan kesan edgy dan bold. Interaksi berbagai era serta attitude. Entah itu dari sejarah atau perkiraan masa depan, menyebutnya sebagai ‘flashforward’.

See also
Kim Kardashian dan Bayi Ketiga

Selain itu, elemen lain yang menjadi sorotan utama ialah koleksi parka dan jaket sporty. Bersifat futuristik, mengandaikannya 70 atau 500 tahun dari sekarang, rekaan tersebut seperti seragam untuk abad akan datang. Permainan ragam teknik terhadap kenyamanan dan aksentuasi yang ditawarkan pakaian sukan.

Artikel berkaitan: Tiga Trend Fesyen Musim Bunga/Panas 2023 Mesti Tahu