Trend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Trend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

GUCCI

Kemudaan membentuk daya pikat Gucci melalui pementasan musim luruh 2023. Karakter tersebut dikisahkan melalui ragam iterasi gaya Y2K. Tentunya dengan estetika eklektik khas Gucci. Penyatuan harmoni antara siluet klasik dan elemen kontemporari, menghasilkan pelbagai pakaian yang sekaligus hangat dan terkini. Tak ketinggalan pula potongan siluet ‘90-an dari era Tom Ford untuk Gucci berpadu estetika eksentrik mengilhami spirit Alessandro Michele.

Yang terlihat nyata pada koleksi ready to wear dan aksesori, seperti gancu double-G yang besar, beg tangan horse-bit dinafaskan kembali dari tahun 2003, sepatu tinggi metal spike dan beberapa lagi. Setiap helai menunjukkan daya tarikan yang abadi, dengan perhatian teliti terhadap butiran dan bahan-bahan mewah. Sebahagian besar dari himpunan musim luruh 2023, memperlihatkan rekaan bernada anggun yang sederhana dengan kepekaan moden. Penyatuan harmoni pada siluet klasik, bersih dan fashion forward juga elemen wearable menawarkan inovasi kontemporari. Gucci memilih pendekatan yang lebih klasik, “no-season”, seperti nampaknya menjadi trend dalam fesyen pada masa ini. 

See also
Innai Red "oREDgami"