Tradisi Lokal Jadi Esen Buat Versace - Glam Malaysia
tradisi lokal

Tradisi Lokal Jadi Esen Buat Versace

Walaupun dunia moden, bersama aktiviti yang padat kita tiak mungkin dapat lupakan asal usul. Kerana, amatlah penting buat kita untuk sentiasa menghargai budaya sendiri. Lantas, inilah yang menjadi titik fokus bagi Versace. Mereka mahu terus meraikan tradisi lokal masyarakat Cina bagi meraikan Tahun Lunar 2021. Cetusan budaya tradisi ini jelas kelihatan pada koleksi Tahun Baru 2021 mereka. Percikan rona merah serta simbol-simbol tradisi lokal menhiasi aksesori hingga ke ceraian pakaian. Ia bagaikan simbol memberi penghormatan pada budaya Cina yang cukup optimistik. Versace juga meletakkan Tahun Lembu sebagai tema bagi koeksi Tahun Baru Cina 2021 mereka.

tradisi lokal
Kempen Tahun Bari Cina 2021 Versace

Versace memilih tema musik untuk koleksi tradisi ini. Muzik tidak dapat dipisahkan ketika kita merayakan apa juga keraian. Baik tradisional mahukan perayaan moden. Maka, koleksi ini Versace memilih logo Medusa Amplified sebagai motif utama mereka. Emblem ini digubah seakan disk muzik dan dihiasi pada ceraian dan aksesori. Tema ini juga diangkat sebagail satu usaha meraikan para pemuzik muda yang mempunyai visi mereka dalam perjalanan karier masing-masing. Motif Medusa Amplified hadir dalam dua kelompok rona yang berbeza. Ada yang berwarna pastel violet, biru muda dan hijau pudina. Ia berbalas rona klasik yang lain yakni hitam dan emas.

tradisi lokal
Kempen dibintangi oleh Haowen Pan
tradisi lokal
Aktor, Allen Ren juga menghiasi kempen Lunar 2021 Versace

Pautan Berkenaan: The Best Red Bag Buat Tahun Lunar 2021 Setakat Ini!

See also
Dari Fesyen ke Hiasan Dalaman (Perabot)