TOD’S Shirt Bag, Statement Musim Baharu - Glam Malaysia

TOD’S Shirt Bag, Statement Musim Baharu

Tod’s Shirt diangkat sebagai salah satu item penting dalam himpunan Tod’s musim bunga 2021. It’s a worth buying. Skala tenaga ronanya yang tinggi, antara sebab ia tersenarai dalam rekaan aksesori kegemaran Walter Chiapponi untuk musim bunga 2021, khasnya. 

Tas tangan yang diberi nama ‘Shirt Bag’ mendapat ilham rekaan melalui reka bentuk tas itu sendiri. Unik dan konstruksinya cukup agam memercik gaya yang ‘fun’. Bentuknya ibarat sekeping fabrik kulit yang dilipat umpama lipatan kemeja putih. 

tod's

Tiada sebarang logam yang digunakan dalam pembuatan tas ini, penonjolannya cukup dengan konstruksinya yang dampak, maka tidak hairanlah ia akan memberi impak besar pada penggayaan diri. Pertukangan tas ini hanya dibentuk oleh material kulit yang dijahit bersama supaya mendapat bentuk yang diingini. Menurut Walter, dia mahukan siluet ibarat “cocoon” yang terbentuk melalui efek tertentu agar kelihatan seperti bunga yang sedang berkembang mekar. 

Sifatnya yang lembut dan bersiluet ringan, the Shirt Bag menggambarkan idea gaya yang sensual dan suatu rekaan yang ‘bersih’. Pun begitu, ia disesuaikan dengan kepelbagaian identiti wanita zaman sekarang. Serta apa jua tujuan. Tampak ringkas secara luarannya, namun diberi treatment dalam variasi rona pop yang terang atau pastel yang pasti menjadi kegemaran semua musim ini. 

See also
Tod's Membawa Kendall Jenner dan Roberto Bolle Merasai Keindahan Musim Panas

Tiap wanita bisa memilih rekaan Shirt Bag dalam tiga saiz yang berbeza-beza, kecil, medium dan besar. Memenuhi kemahuan semua. Material yang digunakan pula, boleh dipilih sama ada suede atau kulit cetakan buaya. Terdapat juga, rekaan yang mencedok idea vintaj, yang mana ada rangkaian yang yang disempurnakan efek retro. What a fun design right?

Bagi yang kurang pasti, banyak cara untuk membawa tas ini, misalnya digalas pada bahu, dijinjing ‘careless’ atau untuk menampakkan lebih berkarakter, jinjing hujung tali tas untuk menonjolkannya. Ruang dalam tas yang luas, terutamanya yang saiz medium dan besar, pelbagai keperluan penting boleh disimpan untuk kegunaan harian. Bentuknya juga menjadi alasan terbaik, ia merupakan item yang sempurna untuk dijadikan peneman kala melancong. Kerana sifatnya yang praktikal, mudah dibawa, selain punya penegasan gaya.

#TODS

Artikel berkaitan: 6 Item Coach SS21 Yang Hangat