Tiga Trend Fesyen Musim Bunga/Panas 2023 Mesti Tahu - Glam Malaysia
Tiga Trend Fesyen Musim Bunga/Panas 2023 Mesti Tahu

Tiga Trend Fesyen Musim Bunga/Panas 2023 Mesti Tahu

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah taruhan yang dibawa label fesyen dalam memasuki musim baharu? Apakah punya perbezaan dari musim-musim lepas? Semak trend fesyen yang ditawarkan Chanel, Emporio Armani dan Dior khas musim ini. 

CHANEL

Virginie Viard kembali ke minggu fesyen Paris dengan koleksi musim bunga/panas 2023 untuk Chanel. Reben bow, sepatu but berkilau dan jemaki mencuri perhatian, mengambil inspirasi secara halus dari filem Last Year in Marienbad karya Alain Resnais.

Filem yang pernah kita tonton, yang menyentuh kita dan yang kita cipta, Merienbad, Nouvelle Vague, berdaya tarik menurut Gabrielle Chanel, Karl, malam, bulu dan labuci, sepatu tumit. Saya suka apabila keadaan menjadi kacau,” kongsi Viard mengenai koleksi ini.

Menginfusi siluet dramatis dengan kebebasan bergerak, koleksi terbaru dibayangkan sebagai perjalanan nyaman melalui fragmen dan berimaginasi dengan dirinya sendiri. Desain yang mengikuti lekuk tubuh saat bergerak jadi gerakan baru, mengilhami tren pakaian wanita di era ‘50-an. Kemudian tampilan busana yang didominasi warna-warna asas nan segar, seperti dominasi hitam, putih, emas mahupun warna lembut lain diolah dari tweed dalam pelbagai pilihan gaya.

See also
10 Outfit Terbaik Princess Diana Bawa Estetik Old Money

Cetakan dekonstruksi, tweed rona pastel dan gaun maxi yang elegan menjadi tumpuan utama. Sementara itu, satu siri ‘pant suits’ tweed memperkaya motif musim ini. Mainan Chanel pada tekstil emas juga menjadi salah satu bintang utama musim ini. Di samping itu, dress mini, seragam corak polka dot hitam dan putih, dan jaket berpotongan menjadi lebih feminin dengan tambahan warna, material dan tekstur. Chanel kekal sebagai pelopor dalam penggunaan tweed untuk koleksi fesyen.