Tiffany HardWear Beri Energi Edgy Pada Rose - Glam Malaysia
Tiffany hardwear

Tiffany HardWear Beri Energi Edgy Pada Rose

SIRI KEMPEN TERBARU KOLEKSI HARDWEAR OLEH TIFFANY & CO. DISERIKAN OLEH ROSE YANG MEMBAWA GAYA EDGY JUGA SARAT ENERGI.

Tahun lalu saru siri kempen Tiffany HardWear  bersama bintang Blackpink, Rose dilancarkan secara global. Ia sebagai khabar untuk memberitahu yang gadis Korea ini adalah bintang terbaru jenama mewah New York. Berikutan kejayaan kempen itu, sekali lagi wajah global Tiffany & Co. ini dijemput untuk membintangi kempen koleksi Tiffany HardWear paling terkini. Kempen keduanya ini kekal memberi gaya edgy, setanding dengan rekaan Tiffany HardWear yang punya karakter berani. Rose mewah dalam setiap gambar yang dirakam oleh Mario Sorrenti.

Buat kempen terbaru HardWear ini, Rose menyarungkan rekaan yang paling terkini. Rangkai Tiffany HardWear yang diperbuat menggunakan titanium hitam berserta emas mawar 18K dan ditatah pula berlian mewah. Juga, eksklusif buat semua Rose turut dirakam dalam rekaan yang dipenuhi dengan berlian, hanya akan berada di pasaran pada penghujung tahun 2022. Selain itu, penyanyi ini juga dihiasi dengan koleksi klasik HardWear.

See also
Highlight Concert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur

Tiffany hardwear

BERKENALAN DENGAN TIFFANY HARDWEAR

Pertama kali koleksi ini dipertontonkan adalah pada 2017, yang mana idea Tiffany HardWear diilhamkan daripada gelang tangan koleksi The Tiffany Archive. Gelang tangan itu direka pada 1971 dan bermain dengan bentuk industrial, satu lambang paling berharga buat kota New York. Ia juga adalah penghargaan Tiffany & Co. pada energi rebellious penduduk Big Apple. Olahan daripada gelang tangan itu, terhasilnya Tiffany HardWear yang direka lebih elegan dan sofistikated. Ia memancarkan ekspresi yang lebih berani serta semangat feminin yang membara menyimpulkan cerita disebalik rekaan Tiffany HardWear.

Pautan Berkenaan: Personaliti Dan Definisi Kebebasan #IAMLIBRE