The Chicest Woman Now - Glam Malaysia

The Chicest Woman Now

Arus fesyen wanita kian berubah. Wanita-wanita sekarang mahukan kehendak mereka didengari. Dipandang dan diambil kira terutamanya dari orang-orang fesyen. Kebelakangan ini, pengguna media sosial banyak mengkritik jenama-jenama fesyen termasuklah orang-orang fesyen yang berpendapat industri fesyen masih mendatar, tiada perubahan, dan memandang remeh perihal wanita masa kini. Banyak yang mendakwa bahawa selama ini industri fesyen menjual ‘penipuan’.

Konsumer sekarang kebanyakkannya mendambakan ‘diversity’ dan rekaan yang mengutip inspirasi dari identiti wanita sekarang yang lebih moden, terdepan dan berwibawa. Bukan hendak tampil cantik-cantik sahaja. Demikian itu, Prada mengambil langkah untuk berevolusi.

Prada yang sekarang berevolusi mengikut edaran semasa. Pun begitu, kekal mengilhami DNA rumah fesyen agar identiti tidak tersasar dek mahu memenuhi kehendak konsumernya. Prada ‘mendengar’ permintaan orang-orang sekarang. Setiap satu permintaan, Prada injek dalam rekaan, lebih-lebih lagi melalui himpunan musim luruh/sejuk 2020 yang berlangsung sewaktu Minggu Fesyen Milan pada awal tahun 2020.

Prada mementaskan himpunan yang menegapkan rekaan berkombinasi elemen kewanitaan dan maskulin. Lalu, mendefinisikan wanita hari ini. Melalui rekaan musim luruh/sejuk 2020, Prada seakan ingin memberitahu wanita zaman sekarang berupaya untuk tampil kuat. Dan pada masa yang sama, terpancar sifat feminin atau kewanitaan. Tidak lagi terhad kepada satu sifat sahaja. Selaras dengan falsafah Prada yang sering mengangkat penyataan- “femininity equals strength” 

See also
Debaran #KLFW2023, Jom Imbas Fesyen Selebriti di KLFW Tahun Lepas

Perspektif ini ditampilkan cemerlang melalui suai padan heladan bersama aksesori kegemaran wanita, seperti rantai dan subang yang cukup ‘spectacular’ dipadankan dengan baju sejuk berkolar crew dan seluar silk tapered. Seakan memerihalkan, biarpun sarat dengan aksesori, namun terlihat ketegapannya melalui sifat. Bejeweled but in command. Konstruksi jaket yang kebanyakkannya sangat teguh.

Fokus sewaktu pementasan Prada musim luruh 2020 adalah pada ‘belted jacket’. Hampir 60 peratus daripada seluruh koleksi yang mencadangkan tali pinggang atau ‘belted beg’ sebagai perisai utama dalam penggayaan. Terdapat ‘belted jacket’ yang bersiluet boxy dipadankan dengan skirt fringe, menyatukan kecemerlangan seni fesyen Prada dengan kefungsian dalam sesuatu rekaan. Mengikut standard Prada yang baru.

Helaian jersi bola keranjang yang terarah kesukanan, turut mendapat inspirasi yang sama, pabila Prada memerihalkan ‘look’ tersebut dengan item-item asas wanita, seperti tas tangan, sepatu tinggi dan stoking berwarna. Menaruhkan elemen ‘masculinity’ yang mana menjulang azam fesyen baru dan mengisi janji kemahuan generasi masa kini. Yakni berkaitan dengan praktikaliti. It’s the new chic! Dedikasi musim luruh 2020, Prada memperagakan ‘look’ utama dengan variasi aksesori ‘impactful’, misalnya but hybrid, sniker hybrid dan sebagainya. Menunjukkan revolusi gaya wanita sekarang. Syabas Prada!

See also
"Shades Of Red", Giorgio Armani Tampilkan Koleksi Lunar 2021

Gambar: sumber Google

Artikel berkaitan: Penampilan Selebriti di Milan Fashion Week musim bunga/panas 2019